-
Tawaran Tender ini adalah dipelawa kepada syarikat yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar di Malaysia dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran Tender ini ditutup untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. TENDER | TAJUK TENDER |
KOD BIDANG |
TARIKH IKLAN, TARIKH TAKLIMAT DAN TARIKH TUTUP |
SEDA(T)-01/2024 |
Perkhidmatan Skim Perlindungan Insurans Berkelompok (Takaful) Warga Kerja SEDA Malaysia Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun Bermula 1 April 2024 Sehingga 31 Mac 2027 |
221801
|
Tarikh Iklan: Tempat Taklimat: Secara dalam talian (Microsoft Teams) Tarikh Taklimat: Masa: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Perkhidmatan Skim Perlindungan Insurans Berkelompok (Takaful) Warga Kerja SEDA Malaysia Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun Bermula 1 April 2024 Sehingga 31 Mac 2027.
3. Sesi Taklimat Tender adalah DIWAJIBKAN kepada syarikat yang ingin menyertai Tender ini dan akan diadakan secara dalam talian (Microsoft Teams) pada 7 Februari 2024 (Rabu; jam 2:30 petang). Syarikat boleh membuat permohonan melalui e-mel kepada [email protected] selewat-lewatnya pada 7 Februari 2024 (Khamis; jam 1:00 petang) dengan menyertakan bersama:
- Borang Pengesahan Kehadiran (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my);
- Satu salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (berserta lampiran kod bidang berkaitan); dan
- Satu salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
4. Kegagalan atau lewat hadir untuk taklimat pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan penyertaan pemohon tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Syarikat yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak layak menyertai Tender ini. Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua syarikat yang berbeza. Wakil syarikat hendaklah penama di dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan atau orang yang diberi kuasa (Surat Penurunan Kuasa perlu disertakan).
5. Dokumen Tender hanya boleh dibeli secara dalam talian. Syarikat hendaklah mengemukakan Borang Pembelian Dokumen Tender, slip pembayaran dan dokumen sokongan seperti di perkara 3 termasuk resit pembayaran bagi memastikan kelayakan untuk pembelian Dokumen Tender melalui e-mel kepada [email protected] dan En. Mohd Herwan bin Husain ([email protected]).
Borang Pengesahan Kehadiran | Borang Pembelian Dokumen |
6. Dokumen Tender mula dijual pada 2 Februari 2024 (Jumaat; jam 9:00 pagi sehingga 4:00 petang) sehingga 28 Februari 2024 (Khamis; jam 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari) dengan harga sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja). Borang Pembelian Dokumen Tender boleh dimuat turun di laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my). Dokumen Tender akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia.
7. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Tender ini adalah menjadi tanggungjawab syarikat. Bayaran Dokumen Tender hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
8. Cadangan Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Tender disebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender atau dihantar melalui kourier ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Tender
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia)
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
9. Syarikat hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kourier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kourier. Syarikat juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup Tender selewat-lewatnya pada jam 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
10. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana- mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
11. Cadangan tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
12. Syarikat yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Tender adalah dianggap tidak berjaya.