-
Tawaran Tender ini adalah dipelawa kepada syarikat yang berpengalaman, berkelayakan, berdaftar di Malaysia dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa dalam tempoh tiga bulan selepas tarikh tawaran Tender ini ditutup untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. TENDER | TAJUK TENDER |
KOD BIDANG |
TARIKH IKLAN, TARIKH TAKLIMAT DAN TARIKH TUTUP |
SEDA(T)-03/2023
|
MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENTAULIAH SERTA MENYELENGGARA PERKHIDMATAN MANAGED SERVICES BAGI PUSAT DATA SEDA MALAYSIA SELAMA 4 TAHUN
|
210102; atau 210107
|
Tarikh Iklan: Tempat Taklimat: Secara dalam talian Tarikh Taklimat: Masa: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi SEDA(T)-03/2023: Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah Serta Menyelenggara Perkhidmatan Managed Services Bagi Pusat Data SEDA Malaysia Selama 4 Tahun.
3. Syarikat hendaklah mengemukakan satu salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (berserta lampiran kod bidang berkaitan), satu salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Borang Pembelian Dokumen Tender (borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my) bagi memastikan kelayakan untuk pembelian Dokumen Tender melalui e-mel kepada [email protected].
4. Dokumen Tender mula dijual pada 18 April 2023 (Selasa, masa 9:00 pagi hingga 4:00 petang) sehingga 18 Mei 2023 (Khamis, masa 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari) dengan harga sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus sahaja). Syarikat perlu mengemukakan bukti pembayaran melalui e-mel kepada [email protected] dan En. Mohd Herwan bin Husain ([email protected]). Dokumen Tender akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia.
Borang Pembelian Dokumen Tender |
Borang Kehadiran Taklimat |
5. Sesi Taklimat Tender adalah DIWAJIBKAN kepada syarikat yang ingin menyertai Tender ini dan akan diadakan secara dalam talian pada 27 April 2023 (Khamis), masa 11:30 pagi. Syarikat boleh membuat permohonan melalui e-mel kepada [email protected] selewat-lewatnya pada 27 April 2023 (Khamis), masa 9:00 pagi dengan menyertakan bersama:
- Borang Pengesahan Kehadiran (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my);
- Satu salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (berserta lampiran kod bidang berkaitan); dan
- Satu salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
6. Kegagalan atau lewat hadir untuk taklimat pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan penyertaan Petender tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Syarikat yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak layak menyertai Tender ini. Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua syarikat yang berbeza. Wakil syarikat hendaklah penama di dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan atau orang yang diberi kuasa (Surat Penurunan Kuasa perlu disertakan).
7. Semua kos berkaitan cadangan tawaran Tender ini adalah menjadi tanggungjawab Petender. Bayaran Dokumen Tender hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
8. Cadangan tawaran (dalam bentuk hardcopy dan softcopy) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Tender di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Tender
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari
(SEDA Malaysia)
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
9. Syarikat hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kourier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kurier. Syarikat juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup Tender selewat-lewatnya pada jam 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
10. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
11. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
12. Syarikat yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga bulan dari tarikh tutup tawaran Tender adalah dianggap tidak berjaya.