-
Tawaran Tender ini adalah dipelawa kepada syarikat yang berpengalaman, berkelayakan, berdaftar di Malaysia serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (pendaftarannya masih lagi berkuat kuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran Sebut Harga ini ditutup) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan berikut:
No. Tender | Tajuk Tender | Kod Bidang |
Tarikh Iklan, |
SEDA(T)-05/2024 |
Consultancy To Undertake Study for The Development of Malaysia Renewable Energy Policy and Action Plan (NREPAP) 2.0 |
340103 |
Tarikh Iklan: Tempat Taklimat: Auditorium, SEDA Malaysia Tarikh Taklimat: Masa: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Consultancy to Undertake Study For The Development of Malaysia Renewable Energy Policy And Action Plan (NREPAP) 2.0.
3. Sesi Taklimat Tender adalah DIWAJIBKAN kepada syarikat yang ingin menyertai Tender ini dan akan diadakan secara bersemuka bertempat di Auditorium, SEDA Malaysia pada 12 November 2024 (Selasa); pukul 2:30 petang. Syarikat boleh membuat permohonan melalui e-mel kepada [email protected] selewat-lewatnya pada 12 November 2024 (Selasa); pukul 12:30 tengah hari dengan menyertakan bersama:
- Borang Pengesahan Kehadiran (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia seda.gov.my);
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia(berserta lampiran kod bidang berkaitan); dan
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Borang Pembelian Dokumen |
Borang Pengesahan Kehadiran |
4. Kegagalan atau lewat hadir untuk taklimat pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan penyertaan pemohon tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Syarikat yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak layak menyertai Tender ini. Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua (2) syarikat yang berbeza. Wakil syarikat hendaklah penama di dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan atau orang yang diberi kuasa (Surat Penurunan Kuasa perlu disertakan).
5. Dokumen Tender hanya boleh dibeli secara dalam talian. Dokumen Tender mula dijual pada 06 November 2024 (Rabu, pukul 9:00 pagi hingga 4:00 petang) sehingga 12 Disember 2024 (Khamis, pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari) dengan harga sebanyak RM200 (Ringgit: Dua Ratus sahaja).
6. Syarikat hendaklah mengemukakan permohonan pembelian kepada [email protected] dengan menyertakan Borang Pembelian Dokumen Tender (boleh dimuat turun di dalam laman sesawang www.seda.gov.my) dan dokumen sokongan seperti di para 3. Unit Perolehan akan memberikan butiran bayaran melalui e-mel kepada syarikat selepas semakan permohonan disahkan.
7. Semua kos berkaitan cadangan tawaran Tender ini adalah menjadi tanggungjawab pemohon. Bayaran Dokumen Tender hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja. Syarikat hendaklah mengemukakan resit pembayaran melalui e-mel kepada [email protected]. Dokumen Tender akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia.
8. Cadangan tawaran (dalam bentuk hardcopy dan softcopy) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Tender di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Tender
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia)
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
9. Jika serahan dokumen adalah melalui perkhidmatan kurier, Syarikat hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kurier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kurier. Pembekal/ Syarikat juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup sebut harga selewat-lewatnya pada pukul 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
10. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima Cadangan Tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada Cadangan Tawaran.
11. Cadangan tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
12. Syarikat yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran sebut harga adalah dianggap tidak berjaya.