YB Tuan Ganabatirau Veraman
Anggota Pihak Berkuasa
YB Tuan Ganabatirau Veraman telah dilantik sebagai Anggota Pihak Berkuasa bagi Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia pada 15 November 2023. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Klang semenjak November 2022.
Bidang tumpuan beliau termasuk transformasi politik, pembangunan ekonomi, dan kebajikan rakyat Malaysia. Semasa berkhidmat sebagai Ahli Majlis Negeri Selangor (EXCO) dari Jun 2013 sehingga Ogos 2023, beliau memainkan peranan penting dalam mewujudkan inisiatif penting seperti MySEL, I-SEED, dan Unit Pemerkasaan Pekerja Selangor (UPPS) untuk membantu kumpulan sasaran dalam mendapatkan dokumen pengenalan diri yang sah, mempromosikan status ekonomi masyarakat kaum India, dan memberikan bantuan kepada golongan pekerja dan penganggur.
YB Tuan Ganabatirau berkelulusan dengan ijazah Sarjana Muda Undang-undang (LLB Hons) dari University of London, United Kingdom pada tahun 2001 dan memperoleh Sijil Amalan Guaman (CLP) pada tahun 2003. Buat masa ini, beliau memegang jawatan Pengarah Bukan Eksekutif di Permodalan Negeri Selangor Berhad sejak dari tahun 2021 dan berkhidmat sebagai Pengarah Bukan Eksekutif di Kumpulan Semesta Sdn.Bhd (KSSB – salah sebuah syarikat GLC di bawah negeri Selangor) dari tahun 2010 sehingga 2014.