Pn. Afroza Banu Abd Halim
Ketua Unit Khas
Pn. Afroza Banu Abd Halim berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera (Bahasa Inggeris) dengan minor dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Putra Malaysia. Beliau memasuki Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada tahun 2006 dan menerima Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) pada tahun 2008. Pada tahun 2018, beliau telah dianugerahkan Biasiswa Chevening yang berprestij oleh Kerajaan UK bagi melanjutkan pengajian Sarjana Pentadbiran Awam (MPA) di University of Birmingham.
Puan Afroza memulakan kerjayanya pada tahun 2003 sebagai Pensyarah Bahasa Inggeris di kolej/universiti swasta sebelum menyertai sektor awam pada tahun 2006. Sebelum menyertai SEDA Malaysia, beliau merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di bawah Kementerian Dalam Negeri. Pengetahuan dan pengalaman beliau dalam sektor kerajaan sepanjang perkhidmatan di pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan seperti Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Jabatan Insolvensi Malaysia, dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) membolehkan beliau memegang jawatan beliau hari ini sebagai Ketua Unit Khas di SEDA Malaysia.