En. Koh Keng Sen
Ketua Pegawai Operasi
Encik Koh Keng Sen telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi di SEDA Malaysia pada 4 Mac 2024. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik/Elektronik) dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), dengan pengkhususan dalam bidang Kuasa Elektrik.
Beliau memulakan kerjayanya dengan Tenaga Nasional Berhad, sebuah syarikat kuasa dagangan awam terbesar di Malaysia di mana beliau telah berkhidmat sebagai Jurutera Projek dan Perancangan dan Jurutera Operasi & Penyelenggaraan. Encik Koh kemudiannya menyertai Powertek Berhad, sebuah syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), sebagai Penolong Pengurus bagi Teknikal & Pembinaan.
Encik Koh telah memperoleh kepakarannya di dalam bidang Tenaga Boleh Baharu (TBB) daripada pengalaman beliau sebelum ini dengan SEDA Malaysia sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Tarif Galakan (FiT) dan kemudiannya Pengarah Bahagian Operasi Pasaran dari tahun 2012 hingga 2021. Tanggungjawab beliau termasuk menguruskan mekanisme FiT dan dana TBB, menjalankan skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) serta membuat pemantauan berkala dan mengesyorkan pengemaskinian kepada dasar dan garis panduan TBB yang sedia ada.
Beliau juga pernah berkhidmat di dalam sektor Perbankan selaku Pakar Industri dalam TBB di Hong Leong Bank Berhad dari awal 2021 hingga Feb 2024.
Dengan pengalaman lebih dua dekad dalam bidang tenaga, Encik Koh membawa kepakaran dan ilmu tersebut ke SEDA Malaysia.