- Tawaran Tender ini adalah dipelawa kepada pembekal/syarikat yang berkelayakan yang berdaftar di Malaysia untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. TENDER | TAJUK TENDER |
SYARAT-SYARAT | TARIKH IKLAN, TARIKH TAKLIMAT, DAN TARIKH TUTUP |
SEDA(T)-01/2022
|
Supply of 50 Metric Tonne of Biodiesel B100 For GTALCC’s Biodiesel B100 Pilot Program for Low Carbon Public Bus Transportation. |
Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) DAN Lesen di bawah Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 ATAU Pendaftaran Ahli dengan Persatuan Biodiesel Malaysia (MBA) ATAU Lesen pengeluar atau pembekal atau pengeluar dan pembekal biodiesel daripada pihak berkuasa yang berkaitan. |
Tarikh Iklan: 26 Januari 2022 (Rabu) Tarikh Taklimat: Tempat Taklimat: Masa: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi tender Supply of 50 Metric Tonne of Biodiesel B100 For GTALCC’s Biodiesel B100 Pilot Program for Low Carbon Public Bus Transportation.
3. Sesi Taklimat Tender adalah DIWAJIBKANkepada pembekal/syarikat yang ingin menyertai tender ini dan akan diadakan pada 17 Februari 2022 (Khamis), 10:00 pagi secara dalam talian. Pembekal/Syarikat hendaklah menyertakan:
- Borang Pengesahan Kehadiran Ke Sesi Taklimat Tender;
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Syarikat atau Sijil Pendaftaran Perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (mandatori); dan
- Satu (1) salinan Lesen di bawah Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 (Akta 666); atau
- Salinan surat Pendaftaran Ahli dengan Persatuan Biodiesel Malaysia (MBA); atau
- Salinan lesen daripada mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan
4. Dokumen Tender hanya akan dijual bermula 9 Februari 2022 (Rabu) sehingga 21 Februari 2022 (Isnin) dengan harga sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja). Borang Pembelian Dokumen Tender boleh dimuat turun di laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my). Pembekal/Syarikat hendaklah mengemukakan Borang Pembelian Dokumen Tender dan slip pembayaran melalui emel kepada En. Mohd Azmi Hamdan ([email protected]) dan En. Mohd Herwan Husain ([email protected]). Dokumen Tender akan diperolehi melalui emel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan.
Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga |
Borang Pengesahan Kehadiran |
Addendum 1 | Addendum 2 |
5. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab syarikat. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
6. Dokumen Meja boleh disemak pada 9 Februari 2022 sehingga 21 Februari 2022 bermula jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang di pejabat SEDA Malaysia.
7. Cadangan Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Tender di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
8. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima Cadangan Tawaran terendah atau mana-mana Cadangan Tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada Cadangan Tawaran.
9. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
10. Sebarang pertanyaan adalah melalui e-mel [email protected] dan [email protected].