- Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat / pembekal yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tawaran ini ditutup untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. SEBUT HARGA | TAJUK | KOD BIDANG |
TARIKH IKLAN, TARIKH TAKLIMAT DAN TARIKH TUTUP |
SEDA(SH)-04/2020 | TAWARAN SEMULA PEROLEHAN HIJAU – SEBUT HARGA BAGI PEMBANGUNAN SISTEM “RE FUND e-CASHFLOW SYSTEM” BAGI SEDA MALAYSIA |
210104 – Software/System development/Customization and maintenance including data entry, data processing. |
Tarikh Iklan: Tempat Taklimat: Tarikh Taklimat: Masa: Tarikh Tutup: Masa: Tarikh Pembentangan Sistem: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Tawaran Semula Perolehan Hijau – Sebut Harga bagi Pembangunan Sistem “Re Fund E-Cashflow System” bagi SEDA Malaysia.
3. Dokumen Sebut Harga hanya akan dijual bermula pada 7 Ogos 2020 (Jumaat) sehingga 13 Ogos 2020 (Khamis) jam 5.00 petang dengan harga sebanyak 100 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja). Pembelian Dokumen Sebut Harga boleh dibuat dengan menghantar emel kepada En. Mohd Azmi Hamdan ([email protected]) dan En. Mohd Herwan Husain ([email protected]). dengan mengemukakan
- Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga yang telah dilengkapkan dan boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (seda.gov.my);
- Slip Pembayaran;
- Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (berserta kod bidang ‘210104’); dan
- Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM.
4. SEDA Malaysia akan menghantar salinan Dokumen Sebut Harga dalam bentuk PDF dan MS Word dan keperluan pembentangan sistem melalui email selepas menerima pengesahan pembayaran.Hanya syarikat yang mengemukakan empat (4) dokumen seperti yang dinyatakan layak untuk mendapatkan Dokumen Sebut Harga.
5. Sesi Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN kepada firma / syarikat yang ingin menyertai sebut harga ini dan akan diadakan secara atas talian (online) pada 14 Ogos 2020 (Jumaat), jam 10:00 pagi. Hanya syarikat yang telah membeli Dokumen Sebut Harga dibenarkan hadir ke sesi taklimat. Pemohon kemudian akan menerima email pautan untuk penyertaan ke sesi taklimat Sebut Harga. Syarikat boleh membuat permohonan melalui email kepada [email protected] dan [email protected] selewat-lewatnya pada 13 Ogos 2020 (Khamis) jam 5:00 petang dengan menyertakan bersama;
- Borang Pengesahan Kehadiran (boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia www.seda.gov.my)
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (berserta kod bidang ‘210104’);
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
- Slip pembayaran pembelian Dokumen Sebut Harga.
Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga |
Borang Pengesahan Kehadiran |
6. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pembekal. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara ATAS TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
7. Cadangan Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeterai dan bertanda dengan Tajuk dan Sebut Harga disebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
8. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima Cadangan Tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada Cadangan Tawaran.
9. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
10. Syarikat yang telah menghantar Cadangan Tawaran DIWAJIBKAN untuk menghadiri Sesi Pembentangan Sistem pada 28 Ogos 2020 (Jumaat). Syarikat perlu membentangkan prototype sistem seperti yang dicadangkan di dalam Cadangan Tawaran Sebut Harga. Prototype yang dibangunkan hendaklah memenuhi keperluan simulasi seperti yang dinyatakan dalam Borang Spesifikasi/Teknikal dan Term of Reference (ToR) berdasarkan kepada keperluan pembentangan sistem seperti yang dinyatakan di para 6.