1. Tawaran Tender ini adalah dipelawa kepada petender-petender yang berpengalaman, berkelayakan berdaftar di Malaysia dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tawaran ini diiklankan untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
No. Tender |
Tajuk | Kod Bidang | Tarikh Iklan dan Tarikh Tutup |
SEDA(T)-01/2020 |
CONSULTANCY TO UNDERTAKE A STUDY WITH FOCUS ON TARIFF DETERMINATION TO SUPPORT AND FURTHER REFINING RENEWABLE ENERGY PROGRAMS IN PENINSULAR MALAYSIA AND SABAH |
340100,340200, 340400,340500, 340600,340900, dan 341000 |
Tarikh Iklan: Tempat Taklimat: Tarikh Taklimat: Masa: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi CONSULTANCY TO UNDERTAKE A STUDY WITH FOCUS ON TARIFF DETERMINATION TO SUPPORT AND FURTHER REFINING RENEWABLE ENERGY PROGRAMS IN PENINSULAR MALAYSIA AND SABAH.
3. Sesi Taklimat Tender adalah DIWAJIBKAN kepada firma / syarikat yang ingin menyertai tender ini dan akan diadakan pada 25 Februari 2020 (Selasa) pada jam 10:00 pagi bertempat di Auditorium SEDA Malaysia. Petender hendaklah membawa satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Cop Syarikat semasa menghadiri sesi taklimat. Borang Pengesahan Kehadiran Ke Sesi Taklimat Tender boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my) dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) (www.mestecc.gov.my):
4. Kegagalan atau lewat hadir untuk taklimat pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan tawaran Petender tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Petender yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak layak menyertai Tender ini. Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua (2) syarikat yang berbeza.
5. Pembelian Dokumen Tender boleh dibeli di SEDA Malaysia seperti ketetapan berikut:
Hari |
Waktu |
Isnin hingga Khamis |
9:00 Pagi – 4:30 Petang |
Jumaat |
9:00 Pagi – 12:00 Tengah hari |
2:45 Petang – 4:30 Petang |
6. Dokumen Tender hanya akan dijual bermula pada 25 Februari 2020 (Selasa) sehingga 28 Feb 2020 (Jumaat) dengan harga sebanyak RM 300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja). Petender hendaklah mengemukakan dokumen sokongan iaitu salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi memastikan kelayakan untuk pembelian Dokumen Tender melalui emel kepada En. Mohd Azmi Hamdan ([email protected]). Borang Pembelian Dokumen Tender boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my) dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) (www.mestecc.gov.my).
7. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Tender ini adalah menjadi tanggungjawab petender. Bayaran Dokumen Tender hanya boleh dibuat secara ATAS TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
8. Petender hendaklah mengemukakan Borang Pembelian Dokumen Tender dan slip pembayaran melalui emel kepada En. Mohd Azmi Hamdan ([email protected]) dan En. Mohd Herwan Husain ([email protected]). Dokumen Tender akan diperolehi melalui emel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan.
9. Cadangan Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeterai dan bertanda dengan Tajuk dan No. Tender di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Tender
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
10. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima Cadangan Tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada Cadangan Tawaran.
11. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
12. Petender yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran tender adalah dianggap tidak berjaya.