- Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor tempatan di Malaysia sahaja yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia dan Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:
NO. SEBUT HARGA TAJUK SYARAT PENDAFTARAN TARIKH IKLAN, TARIKH TAKLIMAT, TEMPAT TAKLIMAT DAN TARIKH TUTUP SEDA (SH) – 06/2019 “Design, Supply, Deliver, Install, Testing & Commissioning and Maintenance of 16kWp (nominal) of Solar Photovoltaic System and Ancillary Works at Galeria PjH Rooftop, Putrajaya” CIDB:
Gred: Minimum G1
Kategori: ME
Pengkhususan: E4/E26/E34/E35SEDA Malaysia:
Registered PV Service Provider (RPVSP) 2019Suruhanjaya Tenaga:
Kontraktor Elektrik Berdaftar; Kelas A/B/CTarikh Iklan:
10 Julai 2019
(Rabu)Tarikh Taklimat:
17 Julai 2019
(Rabu)Tempat Taklimat:
SEDA Malaysia Auditorium, Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 PutrajayaMasa Taklimat:
11:00 pagiTarikh Tutup:
2 Ogos 2019
(Jumaat) -
Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi “Design, Supply, Deliver, Install, Testing & Commissioning and Maintenance of 16kWp (nominal) of Solar Photovoltaic System and Ancillary Works at Galeria PjH Rooftop, Putrajaya”.
-
Sesi Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN kepada firma / syarikat yang ingin menyertai sebut harga ini dan akan diadakan pada 17 Julai 2019 (Rabu) pada jam 11.00 pagi bertempat di Auditorium SEDA Malaysia. Firma / Syarikat hendaklah membawa satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dari CIDB; Sijil Perakuan Registered PV Service Provider (RPVSP) 2019 dari SEDA Malaysia, Sijil Perakuan Pendaftaran Sebagai Kontraktor Elektrik dari Suruhanjaya Tenaga dan Cop Syarikat semasa menghadiri sesi taklimat. Borang Pengesahan Kehadiran Ke Sesi Taklimat Sebut Harga boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my).
-
Dokumen Sebut Harga hanya akan dijual mulai dari hari taklimat iaitu 17 Julai 2019 (Rabu) sehingga 18 Julai 2019 (Khamis) jam 4:00 petang dengan harga sebanyak RM 300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja). Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pembekal. Bayaran Dokumen hanya boleh dibuat secara ATAS TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CIBBMYKL -
Penyebut Harga hendaklah mengemukakan Resit Pembayaran dan Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga dan emel kepada En. Mohd Azmi Hamdan ([email protected]) sebelum atau pada 18 Julai 2019 jam 4:30 petang. Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui emel selepas pembayaran telah dibuat.
-
Dokumen Meja Sebut Harga boleh disemak pada 17 Julai 2019 (Rabu) dan 18 Julai 2019 (Khamis) di SEDA Malaysia semasa waktu seperti berikut:
Hari Waktu Rabu – Khamis 8.30 Pagi – 4.30 Petang -
Cadangan Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeterai dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga disebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya -
SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima Cadangan Tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada Cadangan Tawaran.
-
Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
-
Sebarang pertanyaan adalah melalui email: [email protected].