-
Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada syarikat yang berpengalaman, berkelayakan, berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa dalam tempoh tiga bulan selepas tarikh tawaran Sebut Harga ini ditutup) untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. SEBUT HARGA | TAJUK SEBUT HARGA |
KOD BIDANG |
TARIKH IKLAN, DAN TARIKH TUTUP |
SEDA(SH)-14/2023
|
Perkhidmatan Promosi dan Pengiklanan SEDA Malaysia |
221603;
|
Tarikh Iklan: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Perkhidmatan Promosi dan Pengiklanan SEDA Malaysia.
3. Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibeli secara dalam talian. Syarikat hendaklah mengemukakan Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga, slip pembayaran dan dokumen sokongan iaitu satu salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (beserta lampiran kod bidang berkaitan) dan satu salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia melalui e-mel kepada [email protected] dan En. Mohd Herwan bin Husain ([email protected]). Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia. Dokumen Sebut Harga mula dijual pada 9 November 2023 (Khamis; jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang) sehingga 17 November 2023 (Jumaat; jam 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari) dengan harga sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus sahaja). Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga boleh dimuat turun di laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my).
Borang Pembelian Dokumen |
4. Semua kos berkaitan cadangan tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pemohon. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
5. Cadangan tawaran (dalam bentuk hardcopy dan softcopy) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari
(SEDA Malaysia)
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
6. Jika serahan dokumen adalah melalui perkhidmatan courier, syarikat hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kurier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui courier. Syarikat juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup Sebut Harga selewat-lewatnya pada jam 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
7. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana- mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
8. Cadangan tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
9. Syarikat yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Sebut Harga adalah dianggap tidak berjaya.