-
Tawaran Tender ini adalah dipelawa kepada syarikat yang berpengalaman, berkelayakan, berdaftar di Malaysia dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran Tender ini ditutup untuk membekalkan kerja berikut:
No. Tender | Tajuk Tender | Kod Bidang |
Tarikh Iklan, |
SEDA(T)-03/2024 |
PROJEK RETROFIT KECEKAPAN TENAGA BAGI SISTEM PENGHAWA DINGIN DI FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM) KEPONG DAN JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR & TAMAN NEGARA SEMENANJUNG MALAYSIA (PERHILITAN) CHERAS DI KUALA LUMPUR |
PERAKUAN PENDAFTARAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) GRED G3: PENGKHUSUSAN M01 DAN SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (CIDB) DAN PERKHIDMATAN KONTRAKTOR BERTARAF BUMIPUTERA
|
Tarikh Iklan: Tarikh dan Masa Lawatan Tapak: DAN 13 MEI 2024 (ISNIN) Tarikh Tutup: Masa: |
2. Kerja yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi PROJEK RETROFIT KECEKAPAN TENAGA BAGI SISTEM PENGHAWA DINGIN DI FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM) KEPONG DAN JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR & TAMAN NEGARA SEMENANJUNG MALAYSIA (PERHILITAN) CHERAS DI KUALA LUMPUR.
3.Sesi Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN kepada syarikat yang ingin menyertai Tender ini dan akan diadakan secara lawatan tapak pada 13 Mei 2024 (Isnin) di FRIM pukul 10:00 Pagi dan PERHILITAN pukul 2.00 Petang. Syarikat boleh membuat permohonan melalui e-mel kepada [email protected] selewat-lewatnya pada 13 Mei 2024, pukul 9:00 Pagi dengan menyertakan bersama:
- Satu salinan Sijil Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan Malaysia;
- Satu salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
- Satu salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G3: Pengkhususan M01;
- Satu salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (CIDB)
- Satu salinan Sijil Taraf Bumiputera (Pusat Khidmat Kontraktor);
- Borang Pengesahan Kehadiran Ke Sesi Lawatan Tapak (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (seda.gov.my);
4. Kegagalan atau lewat hadir untuk taklimat pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan tawaran Petender tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Syarikat yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak layak menyertai Tender ini. Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua syarikat yang berbeza. Wakil syarikat hendaklah penama di dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan atau orang yang diberi kuasa (Surat Penurunan Kuasa perlu disertakan).
5. Dokumen Tender hanya boleh dibeli secara dalam talian. Syarikat hendaklah mengemukakan Borang Pembelian Dokumen Tender (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my); Slip Pembayaran dan Dokumen Sokongan seperti di perkara 3 bagi memastikan kelayakan untuk pembelian Dokumen Tender melalui e-mel kepada [email protected].
Borang Pengesahan Kehadiran | Borang Pembelian Dokumen |
6. Dokumen Tender mula dijual pada 29 April 2024 (Isnin, masa 9:00 pagi hingga 4:00 petang) sehingga 04 Jun 2024 (Selasa, masa 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari) dengan harga sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus sahaja). Syarikat perlu mengemukakan bukti pembayaran melalui e-mel kepada [email protected]. Dokumen Tender akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia.
7. Semua kos berkaitan cadangan tawaran Tender ini adalah menjadi tanggungjawab Petender. Bayaran Dokumen Tender hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
8. Cadangan tawaran (dalam bentuk hardcopy dan softcopy) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Tender di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia)
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
9. Syarikat hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kurier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kurier. Syarikat juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup Tender selewat-lewatnya pada pukul 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
10. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
11. Cadangan tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
12. Syarikat yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Tender adalah dianggap tidak berjaya.