- Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada firma / syarikat yang berpengalaman, berkelayakan, berdaftar di Malaysia dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran Sebut Harga ini ditutup untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. & TAJUK SEBUT HARGA | TARAF / JENIS SYARIKAT | KOD BIDANG / PENDAFTARAN | TARIKH IKLAN, TARIKH TAKLIMAT, TEMPAT TAKLIMAT DAN TARIKH TUTUP |
SEDA(SH)-11/2021
|
PELANTIKAN FIRMA AUDIT BAGI TUJUAN PENGAUDITAN TERHADAP PENCAPAIAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) SEDA MALAYSIA BAGI TAHUN 2021
|
Mana-mana |
Tarikh Iklan: 22 September 2021 (Khamis) Tarikh Taklimat: Tempat Taklimat: Masa: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Pelantikan Firma Audit Bagi Tujuan Pengauditan Terhadap Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) SEDA Malaysia Bagi Tahun 2021.
3. Sesi Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN kepada firma / syarikat yang ingin menyertai Sebut Harga ini dan akan diadakan secara dalam talian (online) pada 29 September 2021 (Rabu) pada jam 10:00 pagi. Firma / syarikat boleh membuat permohonan melalui e-mel kepada [email protected] dan [email protected] selewat-lewatnya 29 September 2021 jam 9:00 pagi dengan menyertakan bersama:
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia;
- Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); dan
- Borang Pengesahan Kehadiran Ke Sesi Taklimat Sebut Harga (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (seda.gov.my).
4. Kegagalan atau lewat hadir untuk taklimat pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan tawaran Penyebut harga tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Penyebut harga yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak layak menyertai Sebut Harga ini. Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua (2) syarikat yang berbeza.
5. Dokumen Meja Sebut Harga boleh dilihat di Pejabat SEDA Malaysia 22 September 2021 (Rabu) sehingga 30 September 2021 (Khamis) seperti ketetapan berikut:
Hari |
Waktu |
Isnin hingga Khamis |
9:00 pagi – 4:30 petang |
Jumaat |
9:00 pagi – 12:00 tengah hari |
2:45 petang – 4:30 petang |
6. Dokumen Sebut Harga hanya akan dijual bermula pada 22 September 2021 (Rabu) sehingga 30 September 2021 (Khamis) dengan harga sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja). Penyebut harga hendaklah mengemukakan dokumen sokongan iaitu salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi memastikan kelayakan untuk pembelian Dokumen Sebut Harga melalui e-mel kepada En. Mohd Azmi Hamdan ([email protected]). Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my).
Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga |
Borang Pengesahan Kehadiran |
7. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab syarikat. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara ATAS TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
8. Penyebut harga hendaklah mengemukakan Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga dan slip pembayaran melalui e-mel kepada En. Mohd Azmi Hamdan ([email protected]) dan En. Mohd Herwan Husain ([email protected]). Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas penerimaan bayaran disahkan.
9. Cadangan Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeterai dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga disebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
10. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima Cadangan Tawaran terendah atau mana-mana Cadangan Tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada Cadangan Tawaran.
11. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
12. Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Sebut Harga adalah dianggap tidak berjaya.