- Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada firma audit yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Malaysian Institute of Accountant (MIA) untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. SEBUT HARGA | TAJUK | KOD BIDANG |
TARIKH IKLAN, TARIKH TAKLIMAT DAN TARIKH TUTUP |
SEDA(SH)-14/2022
|
Pelantikan Firma Audit Bagi Pengauditan Pematuhan Pengurusan Pembayaran Mendapatkan Wang (RoM) Di Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bagi Tahun 2021 |
Firma Audit berdaftar dengan Malaysian Institute of Accountant (MIA) DAN Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) |
Tarikh Iklan: Tempat Taklimat: Tarikh Taklimat: Masa: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Pelantikan Firma Audit Bagi Pengauditan Pematuhan Pengurusan Pembayaran Mendapatkan Wang (RoM) Di Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bagi Tahun 2021.
3. Sesi Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN kepada syarikat yang ingin menyertai sebut harga ini dan akan diadakan secara dalam talian (online) pada 9 Disember 2022 (Jumaat) pada jam 11:00 pagi. Syarikat boleh membuat permohonan melalui emel kepada [email protected] selewat-lewatnya pada 9 Disember 2022 (Jumaat), jam 9:00 pagi dengan menyertakan bersama:
- Sijil Pendaftaran Malaysian Institute of Accountant (MIA);
- Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); dan
- Borang Pengesahan Kehadiran Ke Sesi Taklimat Sebut Harga (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia seda.gov.my).
4. Kegagalan atau lewat hadir untuk taklimat pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan penyertaan pemohon tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Syarikat yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak layak menyertai sebut harga ini. Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua (2) syarikat yang berbeza.
5. Pembelian Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibeli secara dalam talian (online). Syarikat hendaklah mengemukakan Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga, slip pembayaran dan dokumen sokongan seperti di Perkara 3 termasuk resit pembayaran melalui emel kepada Pn. Syaidatul Nur Binti Shaharuddin ([email protected]) dan En. Mohd Herwan Husain ([email protected]). Dokumen Sebut Harga mula dijual pada 2 Disember 2022 (Jumaat; jam 9:00 pagi sehingga 4:00 petang) sehingga 16 Disember 2022 (Isnin; jam 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari) dengan harga sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja). Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga boleh dimuat turun di laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my). Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui emel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia.
Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga |
Borang Pengesahan Kehadiran Taklimat |
6. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pemohon. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
7. Cadangan Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga disebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dihantar melalui kourier ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
8. Syarikat hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kourier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kourier. Syarikat juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup sebut harga selewat-lewatnya pada jam 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
9. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
10. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
11. Syarikat yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Sebut Harga adalah dianggap tidak berjaya.