Kerajaan telah memperkenalkan Skim Pemeteran Tenaga Bersih (Net Energy Metering, NEM) pada bulan November 2016 dengan peruntukan kuota sebanyak 500MW sehingga tahun 2020 bertujuan untuk menggalakkan penggunaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) di Malaysia. NEM merupakan satu konsep di mana tenaga yang dihasilkan dari pepasangan sistem fotovolta suria akan digunakan terlebih dahulu dan lebihannya akan dieksport ke grid TNB berdasarkan Kos Pembekalan (Displaced Cost) semasa.
Untuk menggalakkan penggunaan Skim NEM, NEM 2.0 telah diperkenalkan pada 1 Januari 2019 dan konsep pemeteran tenaga bersih sebenar (true net energy metering) diwujudkan di mana lebihan tenaga yang dihasilkan daripada pepasangan fotovolta suria akan dieksport ke grid TNB berdasarkan pengimbangan “one-on-one offset”. Program NEM telah dilaksanakan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), dikawalselia oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dengan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia sebagai agensi pelaksana. Kuota 500MW di bawah NEM 2.0 telah dilanggan sepenuhnya pada 31 Disember 2020.
Oleh kerana sambutan yang sungguh menggalakkan daripada industri foltovolta suria serta dalam usaha untuk meningkatkan penggunaan tenaga suria, Menteri Tenaga dan Sumber Asli melalui kenyataan akhbar KeTSA bertarikh 29 Dis 2020, telah memperkenalkan program Pemeteran Tenaga Bersih 3.0 (NEM 3.0) yang bertujuan untuk memberi lebih banyak peluang kepada pengguna elektrik untuk menjimatkan bil elektrik melalui pemasangan sistem fotovolta suria di premis mereka.
Merujuk kepada kenyataan media oleh YAB Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) pada 26 Januari 2024, program Net Energy Metering (NEM) 3.0 akan diteruskan dengan tawaran kuota tambahan sebanyak 100MW untuk NEM Rakyat dan 300MW untuk NOVA. Tempoh tawaran kuota NEM 3.0 akan diteruskan sehingga 30 Jun 2025 atau sehingga semua kuota habis diagihkan, yang mana terdahulu. Program NEM 3.0 akan berkuat kuasa dari tahun 2021 sehingga tahun 2025 dan jumlah peruntukan kuota bagi program ini adalah sebanyak 1950 MW. Program NEM 3.0 akan dibahagikan kepada tiga (3) inisiatif / kategori baru seperti berikut:-
Inisiatif / Kategori | Kuota Ditawarkan (MW) | Tarikh Pembukaan Kuota |
---|---|---|
Program NEM Rakyat | 450MW | 1 Februari 2021 – 30 Jun 2025 |
Program NEM GoMEn (Kementerian dan Entiti Kerajaan) | 100MW | 1 Februari 2021 – 30 Jun 2025 |
Program NOVA (Net Offset Virtual Aggregation) | 1400MW | 1 April 2021 – 30 Jun 2025 |
Konsep NEM Rakyat
Di bawah Program NEM Rakyat, pengguna domestik yang memasang sistem fotovolta suria (PV) di bumbung premis akan menggunakan tenaga yang dihasilkan terlebih dahulu dan lebihan tenaga yang dihasilkan akan dieksport ke grid TNB. Kredit yang diterima daripada lebihan tenaga tersebut akan digunakan semula untuk mengimbangi bil elektrik berdasarkan imbangan “one-on-one offset” dalam tempoh 10 tahun pengoperasian.
Kuota Ditawarkan | Kriteria Kelayakan | Kategori Tarif | Had Kapasiti Pepasangan |
---|---|---|---|
350MWac | • Pengguna elektrik yang berdaftar atau sedang memohon untuk berdaftar dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Semenanjung Malaysia • Pengguna Domestik yang tiada pepasangan fotovolta suria di bawah mana – mana program fotovolta suria yang lain *Pengguna Domestik bermaksud pengguna yang menduduki premis kediaman persendirian yang tidak digunakan sebagai hotel, asrama atau tujuan menjalankan segala bentuk perniagaan, perdagangan, kegiatan profesional atau perkhidmatan |
Domestik | • Fasa tunggal – 5 kWac • Tiga Fasa – 12.5 kWac |
Manfaat NEM Rakyat
Tenaga yang dihasilkan oleh pengguna NEM Rakyat akan digunakan terlebih dahulu dan ini akan menyebabkan tenaga yang diimport daripada pembekal utiliti elektrik berkurangan. Di kebanyakan negara, program NEM dapat melindungi pengguna domestik dari kenaikan kadar tarif elektrik di masa akan datang. Ianya amat relevan terutamanya kepada pengguna yang berada di bawah kadar tarif elektrik yang tinggi.
Lebihan tenaga yang tidak digunakan akan dieksport ke grid TNB berdasarkan kadar pengimbangan “one-on-one offset”. Keutamaannya adalah untuk penggunaan sendiri, namun kebanyakan pengguna domestik mungkin tidak berada di dalam rumah semasa hari bekerja dan mungkin mempunyai lebihan tenaga yang boleh dieksport ke grid. Lebihan tenaga tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun pengguna dan boleh digunakan semula dalam tempoh maksimum 12 bulan.
Konsep NEM GoMEn
Di bawah Program NEM GoMEN, Agensi Kerajaan yang memasang sistem fotovolta suria (PV) di bumbung premis akan menggunakan tenaga yang dihasilkan terlebih dahulu dan lebihan tenaga yang dihasilkan akan dieksport ke grid TNB. Kredit yang diterima daripada lebihan tenaga tersebut akan digunakan semula untuk mengimbangi bil elektrik berdasarkan imbangan “one-on-one offset” dalam tempoh 10 tahun pengoperasian.
Kuota Ditawarkan | Kriteria Kelayakan | Kategori Tarif | Had Kapasiti Pepasangan |
---|---|---|---|
100MWac |
• Pengguna elektrik yang berdaftar atau sedang memohon untuk berdaftar dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Semenanjung Malaysia • Agensi Kerajaan yang tiada pepasangan fotovolta suria di bawah mana – mana program fotovolta suria lain *Agensi Kerajaan bermaksud kementerian, jabatan, atau badan berkanun yang ditubuhkan oleh kerajaan di semua peringkat pentadbiran, sama ada di peringkat persekutuan, negeri, dan daerah, termasuk pihak berkuasa tempatan |
Komersial |
• Kapasiti maksimum pepasangan fotovolta suria tidak melebihi 1,000kW dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut: a) Bagi pengguna Voltan Sederhana yang tidak melebihi 75% Kehendak Maksimum (Maximum Demand, MD) berdasarkan: • Purata Kehendak Maksimum yang direkodkan dalam tempoh 1 tahun sebelumnya; b) Bagi pengguna Voltan Rendah tidak melebihi 60% kadar fius (untuk meter langsung) atau 60% penarafan pengubah semasa (CT) |
Manfaat NEM GoMEn