Image module

Fotovolta solar membolehkan pengguna menjana tenaga elektrik dengan cara yang bersih dan boleh dipercayai. Sistem fotovolta solar terdiri daripada sel-sel fotovolta iaitu alat untuk menukar tenaga cahaya kepada tenaga elektrik. Oleh kerana sumber cahaya adalah daripada matahari, maka ia sering disebut sel solar. Perkataan fotovolta berasal dari “foto”, yang bermaksud cahaya, dan “volta,” yang merujuk kepada penghasilan tenaga elektrik. Oleh itu, proses fotovolta adalah “menghasilkan tenaga elektrik secara langsung daripada cahaya solar.” Fotovolta juga sering dirujuk sebagai PV.

 

Sel-sel PV menukar cahaya solar secara langsung menjadi tenaga elektrik tanpa menyebabkan pencemaran udara atau air. Sel-sel PV diperbuat daripada sekurang-kurangnya dua lapisan bahan semikonduktor. Satu lapisan mempunyai cas positif dan satu lagi lapisan cas negatif. Apabila cahaya menembusi sel, sebahagian foton dari cahaya akan diserap oleh semikonduktor atom, lalu membebaskan elektron dari lapisan sel negatif untuk mengalir melalui litar luar dan kembali semula ke lapisan positif. Aliran elektron ini menghasilkan arus elektrik.

 

Kapasiti sesuatu loji fotovolta solar terdiri daripada rangkaian modul yang mana sel-sel PV adalah saling bersambungan. Apabila dua modul disambungkan bersama secara selari, jumlah voltannya berganda manakala arusnya masih kekal. Untuk mencapai voltan dan arus yang diinginkan, modul disambungkan secara bersiri dan selari dengan apa yang dipanggil susunan PV. Fleksibiliti sistem PV modular membolehkan pereka membuat sistem kuasa solar yang dapat memenuhi pelbagai keperluan elektrik, tanpa mengira besar atau kecil.

APAKAH MAKSUD TERMA WATT (W), KILOWATT (KW), DAN KILOWATT-JAM (KWJ)?

Watt (W) adalah unit kuasa. Satu kilowatt (kW) adalah seribu watt dan satu megawatt (MW) adalah sejuta watt. Satu watt-jam (Wj) adalah unit tenaga, atau kuasa yang diganda dengan masa. Satu kilowatt-jam (kWj) adalah seribu watt-jam dan satu megawatt-jam adalah sejuta watt-jam (MWj). Arus elektrik yang dibeli dari syarikat utiliti diukur dalam kilowatt-jam (kWj) yang mana 1kWj disebut sebagai 1 unit. Sebilangan besar rumah keluarga menggunakan 20 kWj atau lebih setiap hari. Sebuah peti sejuk menggunakan 1.2 kWj sehari, manakala sebuah komputer menggunakan 2.4 kWj untuk 8 jam pada hari bekerja.

Apa itu BIPV ?

Building Integrated Photovoltaic (BIPV) adalah perkataan popular yang digunakan untuk menggambarkan kaedah pemasangan sistem fotovolta solar bagi menjana tenaga elektrik dan pada masa yang sama berfungsi sebagai bahan binaan bangunan. Terdapat pelbagai jenis produk BIPV yang terdapat di pasaran sekarang. Bukan sahaja bentuknya fleksibel, malahan ia datang dalam berbagai warna dan fungsi. BIPV dapat memberikan faedah dan menyumbang untuk meningkatkan daya tarikan (atau keunikan) reka bentuk sesebuah bangunan.

BAGAIMANA SISTEM BIPV DIGUNAKAN?

Sistem BIPV boleh diterapkan secara estetik bagi sesebuah bangunan dari peringkat awal atau dipasang semula ke bangunan yang sedia ada. BIPV boleh digunakan sebagai: Bumbung, Permukaan Bangunan Skylight Atrium, Awning dan lain-lain