Image module

Hidrokuasa kecil didefinisikan sebagai penghasilan tenaga elektrik dengan memanfaatkan kuasa air yang mengalir dari tasik, sungai dan anak sungai. Konsep hidrokuasa kecil adalah mudah. Air mengalir akan disalurkan ke turbin dan kemudiannya memutar generator yang mana tenaga elektrik akan dihasilkan. Mungkin banyak komponen lain ada di loji penjanaan hidrokuasa kecil, tetapi semuanya bermula dengan tenaga yang ada di dalam air yang mengalir. Kuasa air adalah diperolehi melalui gabungan turus (head) dan aliran (flow) bagi penjanaan tenaga elektrik. Air akan disalirkan dari anak sungai ke saluran paip yang mana akan menuruni bukit dan melalui turbin. Tekanan air akan dihasilkan berdasarkan ketinggian turus yang akan menghasilkan daya untuk mendorong bilah-bilah turbin diputarkan. Lebih banyak aliran atau lebih tinggi turus akan menghasilkan lebih banyak penjanaan tenaga elektrik. Tenaga elektrik yang dijana biasanya kurang daripada tenaga air yang masuk disebabkan ketidakcekapan sistem turbin.

 

Turus adalah merupakan tekanan air yang terhasil melalui perbezaan ketinggian antara saluran air masuk dengan turbin. Turus dinyatakan melalui (kaki atau meter), atau sebagai tekanan seperti paun untuk setiap inci persegi (psi) atau pascal (Pa). Turus bersih adalah tekanan yang ada di turbin ketika air mengalir yang mana biasanya akan lebih rendah dari tekanan ketika air tidak dialirkan (turus statik) disebabkan geseran di antara air dan paip. Diameter saluran paip mempunyai kesan pada turus bersih.

 

Aliran adalah kuantiti air yang mengalir yang dinyatakan sebagai “isipadu per masa,” seperti meter padu sesaat (m3/s), kaki padu sesaat (ft3/s), atau liter padu seminit (l3/min). Rekabentuk sistem aliran akan bergantung kepada aliran maksima bagi mana-mana loji hidrokuasa kecil. Ia berkemungkinan akan lebih rendah daripada aliran maksima anak sungai (terutamanya ketika musim hujan), lebih daripada aliran minima loji. Potensi pengeluaran tenaga elektrik dan kos sistem adalah berdasarkan rekabentuk loji tersebut.

MENGUKUR TURUS & ALIRAN

Terdapat empat perkara penting dalam merekabentuk sesuatu loji hidrokuasa kecil seperti berikut:

  • Turus (jarak menegak di antara saluran air masuk dengan turbin)
  • Aliran (berapa banyak air yang mengalir)
  • Panjang saluran paip (penstock)
  • Panjang talian penghantaran elektrik (dari rumah kuasa ke sambungan grid)

Turus dan aliran adalah dua perkara penting yang perlu diketahui mengenai loji hidrokuasa kecil. Turus dan aliran bagi loji janakuasa hidrokuasa kecil akan menentukan segala-galanya mengenai sistem hidrokuasa kecil, saiz saluran paip, jenis turbin, kelajuan putaran dan saiz penjana. Malah anggaran kos kasar tidak mungkin dapat dilakukan sehingga turus dan aliran diketahui.

 

Semasa mengukur turus dan aliran, perlu diingat bahawa ketepatan itu penting. Pengukuran yang tidak tepat akan menyebabkan rekabentuk loji hidrokuasa kecil dengan spesifikasi yang salah. Ini memungkinkan pengurangan penjanaan tenaga elektrik dan kos pembinaan yang besar.