GARIS PANDUAN PEMASANGAN FOTOVOLTA SOLAR PADA SKIM PEMETERAN TENAGA BERSIH (NEM)

 

Penerangan Versi Muat Turun
Garis Panduan Pemasangan Fotovolta Solar Pada Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) KEMASKINI – 20 September 2024
Kontrak Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) bagi NEM Rakyat KEMASKINI – 8 Mac 2021
Kontrak Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) bagi NEM GoMEn KEMASKINI – 8 Mac 2021

PROSEDUR PENILAIAN KAJIAN PEMETERAN TENAGA BERSIH (NEMAS)

Sebelum melakukan permohonan NEM, pihak yang berminat diminta untuk menghubungi Pemegang Lesen Pengagihan (TNB) bagi menjalankan Kajian Penilaian NEM (NEMAS) bagi pemasangan melebihi 72 kW. Secara amnya, keperluan untuk kajian adalah wajib mengikut cadangan pemasangan berdasarkan kW seperti yang ditunjukkan jadual di bawah:

KAPASITI PEMASANGANKAJIAN DIPERLUKANYURAN KAJIAN
1-72 kWTidak-
>72 kW - 180 kWYaRM1,000.00
>180 kW - 425 kWYaRM5,000.00
>425 kW - 1 MWYaRM8,000.00

Kajian akan dilakukan oleh Pemegang Lesen Pengagihan (PLP) atau perunding yang dilantik untuk menentukan keperluan teknikal dan keselamatan dan menentukan kebolehlaksanaan penyambungan.

PeneranganVERSIMuat Turun
Aliran Proses NEMASBARU pada 2 Oktober 2019
NEM - Borang Permohonan Kajian TeknikalBARU mulai 2 Julai 2018
Icon
126.23 KB
13317 Downloads
Borang Profil BebanPelanggan NEMBARU mulai 2 Julai 2018
Icon
65.46 KB
8126 Downloads
Senarai Titik Nodal TNBBARU pada 14 April 2020
Icon
59.39 KB
7116 Downloads
Senarai Perunding BerkelayakanDIKEMASKINI pada 1 Jun 2023

PROSEDUR PERMOHONAN METER NEM DAN MENANDATANGANI KONTRAK NEM

  • Sila klik Carta Aliran Proses Permohonan NEM bagi maklumat aliran kerja.
  • Pemohon NEM mesti mengemukakan permohonan pemasangan Meter, hanya setelah semua kerja pemasangan Solar PV selesai sepenuhnya.
  • Sila pastikan keperluan meter dipenuhi mengikut Buku Panduan Permohonan Bekalan Elektrik (ESAH) TNB yang boleh didapati dari laman web TNB, sebelum mengemukakan permohonan.
  • Sila pastikan alamat emel pelanggan dalam Borang Permohonan Meter NEM dan Borang Akuan NEM dikemaskini untuk memastikan penghantaran surat tuntutan, Surat Akuan NEM dan bil NEM.
  • Hanya permohonan yang lengkap sahaja yang akan diproses. Permohonan yang tidak lengkap akan di kembalikan kepada pemohon. TNB berhak untuk menolak permohonan yang tidak lengkap.
  • Serahan mesti dilakukan di Pejabat Subzon TNB, termasuk borang dan dokumen sokongan berikut:

Permohonan Meter Bagi Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) beserta semua borang dan dokumen sokongan seperti di bawah:

  • Borang Permohonan Meter NEM
  • Sijil NEM
  • Gambar meter TNB dan rangkaian penyambungan daripada grid;
  • Gambar lokasi meter yang dicadangkan (Sekiranya terdapat perubahan lokasi meter untuk meter yang ada)

Kontrak NEM termasuk borang dan dokumen sokongan seperti berikut:-

  • Borang Akuan NEM (Kontrak TNB)
  • Borang G & Borang H
  • Salinan Lesen Penjanaan oleh Suruhanjaya Tenaga (tertakluk kepada keperluan mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990)
  • Kontrak NEM (Domestik / Bukan Domestik)
  • Borang Pemeriksaan & Pentauliahan TNB
PeneranganVersiMuat Turun
Borang Permohonan Meter NEMDIKEMASKINI pada 27 Julai 2020
Icon
464.12 KB
16654 Downloads
Borang NEM Rakyat & NEM GoMEn (Kontrak TNB)KEMASKINI pada 22 Mac 2021
Borang Pemeriksaan & Pentauliahan TNBBARU mulai 2 Julai 2018
Icon
147.71 KB
11410 Downloads

ATAU SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI:

Puan Sunarni binti Maulan

 

Telefon : 03-7967 9222
Emel : [email protected] / [email protected]

 

Tenaga Nasional Berhad, Level 16, Wisma TNB
No 19, Jalan Timur, 46200, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.