Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia : Pembelian Peralatan Elektrik Domestik
Baru-baru ini YAB PM telah mengumumkan bantuan untuk membantu mangsa-mangsa yang terkesan dengan kejadian banjir yang telah menenggelamkan rumah dan merosakkan peralatan elektrik.
- Bantuan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu mangsa-mangsa banjir melalui pemberian rebat (bukan tunai) sehingga RM500 kepada setiap isi rumah yang terkesan dengan bencana banjir untuk membeli peralatan elektrik kegunaan harian di Kedai Berdaftar atau platform e-dagang yang mengambil bahagian.
- Pemberian rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik ini akan menggunakan platform sistem dalam talian Program SAVE (Sistem yang diurus oleh SEDA Malaysia dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan badan swasta).
Objektif Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia : Pembelian Peralatan Elektrik Domestik:
- Mengurangkan beban mangsa-mangsa banjir untuk membeli sebahagian peralatan elektrik kegunaan harian, bagi menggantikan peralatan elektrik yang telah rosak disebabkan banjir.
Kriteria kelayakan Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia : Pembelian Peralatan Elektrik Domestik
Pemohon mestilah:
- Mangsa banjir yang telah disenaraikan oleh pihak Kerajaan Malaysia.
- Membeli peralatan elektrik kegunaan harian utama yang mempunyai label keselamatan oleh SIRIM – Suruhanjaya Tenaga.
Cara untuk memohon dan menebus Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia : Pembelian Peralatan Elektrik Domestik ?
Terdapat 2 kaedah tersedia untuk pengguna iaitu:
- Kaedah 1: Pembelian dan penebusan di Kedai atau Pasar Raya Berdaftar; atau
- Kaedah 2 : Pembelian secara dalam talian.
* Kedua-dua kaedah ini beroperasi menggunakan platform SAVE oleh pekedai termasuk yang di dalam talian.
Maklumat dan dokumen yang diperlukan untuk permohonan dan menebus Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia : Pembelian Peralatan Elektrik Domestik?
Pemohon hanya perlu mempunyai atau membawa tiga (3) dokumen berikut:
- Salinan kad pengenalan;
- Akaun bil elektrik domestik TNB yang sah; dan
- Laporan Polis (Dokumen asas).
Pemohon boleh juga mengemukakan dokumen sokongan daripada:
- NADMA/PKOB (pengesahan menerima bantuan banjir); dan
- Pegawai Daerah.
Soalan Lazim
Apa itu Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia : Pembelian Peralatan Elektrik Domestik?
- Bantuan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu mangsa-mangsa banjir melalui pemberian rebat sehingga RM500 kepada setiap isi rumah yang terkesan dengan bencana banjir untuk membeli peralatan elektrik kegunaan harian di Kedai Berdaftar atau platform e-dagang yang mengambil bahagian.
- Pemberian rebat Pembelian Peralatan Elektrik (Bantuan Bencana Banjir) ini akan menggunakan platform sistem dalam talian Program SAVE (Sistem yang diurus oleh SEDA Malaysia dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan badan swasta).
Apakah objektif rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik?
Objektif rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik adalah :
Mengurangkan beban mangsa-mangsa banjir untuk membeli sebahagian peralatan elektrik kegunaan harian, bagi mengantikan peralatan elektrik yang telah rosak disebabkan banjir.
Apakah kriteria yang melayakkan saya untuk mendapatkan bantuan ini?
Untuk mendapatkan rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik, anda mestilah:
– Warganegara Malaysia;
– Pengguna/pemilik akaun elektrik (domestik) dengan syarikat utiliti elektrik; dan
– Kediaman dimasuki atau ditenggelami air ketika banjir dan tersenarai (disahkan secara rasmi) sebagai Mangsa Bencana oleh NADMA/PKOB.
Berapa jumlah rebat yang saya peroleh untuk rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik?
Setiap isi rumah layak untuk mendapat maksimum rebat hingga RM500 bagi pembelian peralatan elektrik domestik yang penting.
Apakah jenis barangan elektrik yang boleh dibeli dibawah rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik?
Sejumlah 15 barangan peralatan elektrik yang disenaraikan dan mempunyai label keselamatan oleh SIRIM-ST.
– Peti Sejuk – Mesin Basuh – Kipas – Lampu – Periuk Nasi – Televisyen – Seterika |
– Ketuhar Elektrik – Blender – Cerek Elektrik – Penyedut hampagas – Dapur elektrik – Ketuhar Gelombang Mikro – Penyejuk beku (Freezer) – Penghawa dingin |
Bagaimanakah cara untuk memohon rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik?
Terdapat 2 kaedah tersedia untuk pengguna iaitu:
- Kaedah 1: Pembelian dan penebusan di Kedai atau Pasar Raya Berdaftar ; atau
- Kaedah 2 : Pembelian secara atas talian (e-dagang – Shopee / Lazada / PG Mall / Youbeli).
* Kedua-dua kaedah ini beroperasi menggunakan platform SAVE oleh pekedai termasuk yang di dalam talian.
Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik sekiranya saya ingin membuat pembelian secara dalam talian?
Langkah 1: Pilih mana-mana platform e-dagang yang tersenarai (Shopee, Lazada, PG Mall atau Youbeli) dan hanya klik pada logo e-dagang pilihan.
Langkah 2: Pilih Kedai Berdaftar dalam platform e-dagang dan hubungi/chat bersama pekedai untuk menyemak kelayakan anda.
Bagaimanakah saya ingin melihat senarai Kedai / pasar raya yang Berdaftar di bawah rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik?
Anda boleh melayari laman web mikro save.seda.gov.my/publics/retailer untuk melihat senarai Kedai / pasar raya Berdaftar di bawah Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia: Pembelian Peralatan Elektrik Domestik.
Berapakah maksimum isi rumah berkelayakan untuk rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik?
Kelayakan maksimum adalah berdasarkan 1 rebat untuk 1 akaun bil elektrik yang terkesan dengan bencana banjir yang telah disenaraikan oleh Kerajaan.
Adakah rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik ini mempunyai kuota?
Ya. Kerajaan menyediakan bantuan sebanyak RM500 untuk 1 akaun bil elektrik atau setiap isi rumah yang terkesan dengan bencana banjir.
Apakah maklumat dan dokumen yang diperlukan untuk permohonan rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik?
Pembeli hanya perlu mempunyai tiga (3) dokumen sahaja:
– Salinan kad pengenalan;
– Akaun bil elektrik domestik TNB yang sah; dan
– Laporan Polis (Dokumen asas).
Pemohon boleh juga mengemukakan dokumen sokongan daripada:
– NADMA/PKOB (pengesahan menerima bantuan banjir); dan
– Pegawai Daerah.
Bolehkah penyewa rumah memohon rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik?
Boleh. Walau bagaimanapun, anda perlu memaklumkan perkara ini kepada pemilik rumah sewa dan mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
Bolehkah pemilikan rebat dipindahkan atau ditukar?
Pemilikan rebat TIDAK BOLEH dipindahkan atau ditukar.
Bagaimanakah untuk memeriksa kelayakan untuk permohonan rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik?
Ada dua (2) kaedah;
– Anda boleh melayari laman web mikro (https://www.seda.gov.my/saveprogram) untuk menyemak status kelayakan anda, atau
– Pergi ke Kedai Berdaftar dan pekedai boleh membantu menyemak kelayakan anda.
Bagaimana cara untuk memohon rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik jika saya tidak tersenarai atau tercicir dalam senarai mangsa banjir oleh Kerajaan?
Jika anda tidak tersenarai atau tercicir dalam senarai mangsa banjir oleh Kerajaan, anda boleh:
- Menghubungi Careline TNB di talian 1-300-88-5454; atau
- Membuat permohonan untuk dimasukkan dalam kemas kini senarai data penerima yang layak dan memuat naik dokumen sokongan berkaitan (dokumen yang diperlukan adalah sama di Perkara 12) melalui;
i. Bantuan Kedai Berdaftar
ii. Semak kelayakan anda di laman web mikro (https://www.seda.gov.my/saveprogram)
Kelulusan permohonan kemas kini data mangsa banjir yang layak ini akan dinilai oleh satu jawatankuasa khas yang dianggotai oleh beberapa agensi kerajaan.
Sekiranya saya berminat untuk membuat pembelian melalui Pekedai / Peruncit Peralatan Elektrik berdaftar, bolehkah saya membawa bil elektrik di dalam bentuk salinan digital (soft copy) sahaja?
Boleh, walau bagaimanapun anda diwajibkan untuk membawa kad pengenalan, no akaun bil elektrik dan dokumen sokongan berkaitan mangsa banjir untuk memudahkan proses pengesahan dan urusan rebat pembelian.
Jika saya telah memohon rebat melalui e-dagang tetapi saya sekarang ingin memohon dan menebus rebat melalui Pekedai/Peruncit, adakah ini dibenarkan?
Anda hanya boleh membuat penebusan di salah satu platform sahaja sama ada melalui e-dagang atau Pekedai / peruncit yang Berdaftar.
Bolehkah saya menebus e-rebat Program SAVE 3.0 sekiranya saya telah memohon rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik?
Boleh, penebusan e-rebat Program SAVE 3.0 boleh dimohon walaupun anda telah membuat penebusan rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik. Ini kerana kedua-duanya merupakan program rebat yang berbeza tetapi menggunakan platform SAVE yang sama.
Namun, untuk permohonan e-rebat Program SAVE hanya untuk pembelian peralatan elektrik cekap tenaga 4 atau 5 bintang yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga dan bergantung kepada terma dan syarat.
Penebusan e-rebat Program SAVE juga tidak boleh menggunakan rebat dari Bantuan Bencana Banjir. Kedua-dua rebat ini mestilah melalui transaksi yang berasingan.
Pekedai / peruncit yang Berdaftar wajib menyatakan jenis rebat yang layak ditebus oleh pembeli di dalam dokumen yang dilampirkan di dalam sistem.
Berapa lama kah masa yang diambil untuk menebus rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik?
Pemohon yang layak boleh membuat penebusan secara terus pada hari yang sama melalui Kedai dan pasaraya Berdaftar atau platform e-dagang yang diiktiraf.
Sekiranya saya mengalami masalah, bagaimanakah cara untuk saya menghubungi pegawai bagi Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia: Pembelian Peralatan Elektrik Domestik?
Anda boleh menghubungi pegawai tersedia kami di SEDA Malaysia seperti berikut:
Pasukan Khas Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia: Pembelian Peralatan Elektrik Domestik
Program SAVE
SEDA Malaysia
03-8870 5800