- Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat / pembekal yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tawaran ini diiklankan untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. SEBUT HARGA | TAJUK | KOD BIDANG |
TARIKH IKLAN, TARIKH TAKLIMAT DAN TARIKH TUTUP |
SEDA(SH)-05/2020 | TAWARAN SEMULA PEROLEHAN HIJAU – SEBUT HARGA PENYEWAAN, PENGHANTARAN, INSTALASI, PENGUJIAN, PENTAULIAHAN DAN PENYENGGARAAN SET KOMPUTER RIBA UNTUK SEDA MALAYSIA SELAMA TIGA (3) TAHUN |
210101 – Hardware (low end technology) -Supply all types of computer hardware
ATAU
210109 – Hardware and Software leasing/renting |
Tarikh Iklan: Tempat Taklimat: Tarikh Taklimat: Masa: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Perolehan Hijau – Sebut harga Penyewaan, Penghantaran, Instalasi, Pengujian, Pentauliahan dan Penyenggaraan Set Komputer Riba untuk SEDA Malaysia selama Tiga (3) Tahun.
3. Dokumen Sebut Harga hanya akan dijual bermula pada 11 Ogos 2020 (Selasa) sehingga 18 Ogos 2020 (Selasa) jam 5.00 petang dengan harga sebanyak RM100 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja). Pembelian Dokumen Sebut Harga boleh dibuat dengan menghantar emel kepada En. Mohd Azmi Hamdan ([email protected]) dan En. Mohd Herwan Husain ([email protected]). dengan mengemukakan
- Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga yang telah dilengkapkan dan boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (seda.gov.my);
- Slip Pembayaran;
- Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (berserta kod bidang ‘210101’ atau ‘210109’); dan
- Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
4. SEDA Malaysia akan menghantar salinan Dokumen Sebut Harga dalam bentuk PDF dan MS Word melalui email selepas menerima pengesahan pembayaran. Hanya syarikat yang mengemukakan empat (4) dokumen seperti yang dinyatakan layak untuk mendapatkan Dokumen Sebut Harga.
5. Sesi Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN kepada syarikat yang ingin menyertai sebut harga ini dan akan diadakan secara atas talian (online) pada 19 Ogos 2020 (Rabu), jam 10:00 pagi. Hanya syarikat yang telah membeli Dokumen Sebut Harga dibenarkan hadir ke sesi taklimat. Pemohon kemudian akan menerima email pautan untuk penyertaan ke sesi taklimat Sebut Harga. Syarikat boleh membuat permohonan melalui email kepada [email protected] dan [email protected] selewat-lewatnya pada 18 Ogos 2020 (Selasa) jam 5:00 petang dengan menyertakan bersama;
- Borang Pengesahan Kehadiran (boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia www.seda.gov.my)
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (berserta kod bidang ‘210101’ atau ‘210109’);
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
- Slip pembayaran pembelian Dokumen Sebut Harga.
Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga |
Borang Pengesahan Kehadiran |
6. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pembekal. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara ATAS TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
7. Cadangan Tawaran (dalam bentuk hardcopy dan softcopy) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeterai dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga disebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
9. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima Cadangan Tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada Cadangan Tawaran.
10. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.