- Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada Firma Audit yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Malaysian Institute of Accountant (MIA) untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. SEBUT HARGA | TAJUK | MANDATORI |
TARIKH IKLAN, TARIKH TAKLIMAT DAN TARIKH TUTUP |
SEDA(SH)-08/2020 | Pelantikan Firma Audit Bagi Pengauditan Pematuhan Pengurusan Pembayaran Mendapatkan Wang (RoM) Dan Pengurusan Hasil Peruntukan Daripada Tarif Elektrik (AoT) Di Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Bagi Tahun 2018 Sehingga 2019 |
Malaysian Institute of Accountant (MIA) DAN Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
|
Tarikh Iklan: Tempat Taklimat: Auditorium Tarikh Taklimat: Masa: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Pelantikan Firma Audit bagi Pengauditan Pematuhan Pengurusan Pembayaran Mendapatkan Wang (RoM) dan Pengurusan Hasil Peruntukan Daripada Tarif Elektrik (AoT) Di Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Bagi Tahun 2018 Sehingga 2019.
3. Sesi Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN kepada firma audit yang ingin menyertai sebut harga ini dan akan diadakan pada 17 Ogos 2020 (Isnin), jam 10 pagi bertempat di Auditorium SEDA Malaysia. Pembekal hendaklah membawa satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Malaysian Institute of Accountant (MIA) dan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta Cop Syarikat semasa menghadiri sesi taklimat. Borang Pengesahan Kehadiran Ke Sesi Taklimat Sebut Harga boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my).
4. Pembelian Dokumen Sebut Harga boleh dibeli secara atas talian (online). SEDA Malaysia akan menghantar salinan dokumen sebut harga melalui emel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas pengesahan pembayaran. Hanya syarikat yang telah membeli Dokumen Sebut Harga dibenarkan hadir ke sesi taklimat.
5. Dokumen Sebut Harga hanya akan dijual bermula pada 10 Ogos 2020 (Isnin) sehingga 17 Ogos 2020 (Isnin) dengan harga sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja). Syarikat hendaklah mengemukakan dokumen sokongan iaitu salinan Sijil Malaysian Institute of Accountant (MIA) dan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi memastikan kelayakan untuk pembelian Dokumen Sebut Harga melalui emel kepada En. Mohd Azmi Hamdan ([email protected]). Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my).
Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga |
Borang Pengesahan Kehadiran |
6. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pembekal. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara ATAS TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
7. Cadangan Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeterai dan bertanda dengan Tajuk dan Sebut Harga disebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
8. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima Cadangan Tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada Cadangan Tawaran.