- Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor tempatan di Malaysia sahaja yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia dan Unit Merinyu Elektrik (EIU), Kementerian Utiliti Sarawak dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:
NO. & TAJUK SEBUT HARGA | TARAF / JENIS SYARIKAT | KOD BIDANG |
TARIKH IKLAN, TARIKH TAKLIMAT DAN TARIKH TUTUP |
SEDA(SH)-07/2020 “Design, Supply, Deliver, Install, Testing & Commissioning and Maintenance of 30kWp (nominal) of Solar Photovoltaic System and Ancillary Works at Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sarawak” |
Terbuka (Syarikat 100% milik warganegara Malaysia) |
CIDB: DAN SEDA Malaysia: ATAU EIU: |
Tarikh Iklan: Tempat Taklimat: Tarikh Taklimat: Masa: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan (Term of Reference) bagi “Design, Supply, Deliver, Install, Testing & Commissioning and Maintenance of 30kWp (nominal) of Solar Photovoltaic System and Ancillary Works at Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sarawak”.
3. Sesi Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN kepada firma / syarikat yang ingin menyertai sebut harga ini dan akan diadakan secara atas talian (online) pada 6 Ogos 2020 (Khamis), jam 11:00 pagi. Untuk penyertaan taklimat secara atas talian (online), firma / syarikat boleh membuat permohonan melalui email kepada [email protected] dan [email protected] selewat-lewatnya pada 5 Ogos 2020 (Rabu) jam 1:00 tengahari dengan menyertakan bersama:
- Borang Pengesahan Kehadiran;
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
- Satu (1) salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dari CIDB;
- Satu (1) salinan Sijil Perakuan Registered PV Service Provider (RPVSP) 2020 dari SEDA Malaysia;
- Satu (1) salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Sebagai Kontraktor Pepasangan Elektrik Berdaftar dari Unit Merinyu Elektrik (EIU), Kementerian Utiliti, Sarawak dan
- Slip pembayaran pembelian Dokumen Sebut Harga.
Pemohon kemudian akan menerima email pautan untuk penyertaan ke sesi taklimat sebut harga di atas. Borang Pengesahan Kehadiran Ke Sesi Taklimat Sebut Harga boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my)
4. Pembelian Dokumen Sebut Harga boleh dibeli secara atas talian (online). SEDA Malaysia akan menghantar salinan dokumen sebut harga dan pautan/link taklimat atas talian melalui email selepas pengesahan pembayaran. Hanya syarikat yang telah membeli Dokumen Sebut Harga dibenarkan hadir ke sesi taklimat.
5. Dokumen Sebut Harga hanya akan dijual bermula pada 27 Julai 2020 (Isnin) sehingga 5 Ogos 2020 (Rabu) 1.00 tengahari dengan harga sebanyak RM 100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja). Syarikat hendaklah mengemukakan dokumen sokongan seperti di Perkara 3 bagi memastikan kelayakan untuk pembelian Dokumen Sebut Harga melalui emel kepada En. Mohd Azmi Hamdan ([email protected]). Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my).
(Nota: Perkara 3 dan Perkara 5 boleh diemelkan secara bersekali)
Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga |
Borang Pengesahan Kehadiran |
Appendix D_Health Declaration Form_Visitor_Vendor |
6. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pembekal. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara ATAS TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
7. Syarikat hendaklah mengemukakan Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga dan slip pembayaran melalui emel kepada En. Mohd Azmi Hamdan ([email protected]) dan En. Mohd Herwan Husain ([email protected]). Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui emel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan.
8. Dokumen Meja Sebut Harga juga boleh disemak bermula 27 Julai 2020 (Isnin) sehingga 5 Ogos 2020 (Rabu) di SEDA Malaysia (Ibu Pejabat Putrajaya dan Cawangan Sabah) pada ketetapan berikut:
Tarikh/Hari | Waktu |
Isnin – Khamis |
9:00 Pagi – 1:00 Tengah Hari 2:00 Petang – 5:00 Petang |
Jumaat |
9:00 Pagi – 12:15 Tengah Hari 2:45 Petang – 5:00 Petang |
Syarikat yang ingin menyemak Dokumen Meja Sebut Harga perlulah mematuhi Garis Panduan memasuki pejabat SEDA Malaysia semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan yang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my).
9. Cadangan Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeterai dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
10. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima Cadangan Tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada Cadangan Tawaran.
11. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
12. Sebarang pertanyaan adalah melalui email: [email protected].