- Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada firma / syarikat yang berpengalaman, berkelayakan, berdaftar di Malaysia dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran Sebut Harga ini ditutup untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. & TAJUK SEBUT HARGA | TARAF / JENIS SYARIKAT | KOD BIDANG / PENDAFTARAN | TARIKH IKLAN, TARIKH TAKLIMAT, TEMPAT TAKLIMAT DAN TARIKH TUTUP |
SEDA(SH)-14/2021
|
PERKHIDMATAN PERUNDING PROJEK RETROFIT KECEKAPAN TENAGA BAGI JABATAN/AGENSI DI BAWAH KETSA |
330103 ATAU 330104 |
Tarikh Iklan: 2 November 2021 (Selasa) Tarikh Taklimat: Tempat Taklimat: Masa: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi PERKHIDMATAN PERUNDING PROJEK RETROFIT KECEKAPAN TENAGA BAGI JABATAN/AGENSI DI BAWAH KETSA.
3. Sesi Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN kepada firma / syarikat yang ingin menyertai Sebut Harga ini dan akan diadakan secara dalam talian (online) pada 10 November 2021 (Rabu) pada jam 10:00 pagi. Firma / syarikat boleh membuat permohonan melalui e-mel kepada [email protected] dan [email protected] selewat-lewatnya 10 November 2021 jam 9:00 pagi dengan menyertakan bersama:
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia berserta kod bidang berkaitan (Lampiran A1); atau
- Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); dan
- Borang Pengesahan Kehadiran Ke Sesi Taklimat Sebut Harga (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my).
4. Kegagalan atau lewat hadir untuk taklimat pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan tawaran Penyebutharga tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Firma/Syarikat yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak layak menyertai Sebut Harga ini. Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua (2) syarikat yang berbeza.
5. Dokumen Sebut Harga mula dijual bermula pada 2 November 2021 (Selasa) sehingga 12 November 2021 (Jumaat) dengan harga sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja). Firma/Syarikat hendaklah mengemukakan dokumen sokongan iaitu salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia berserta kod bidang (Lampiran A) dan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi memastikan kelayakan untuk pembelian Dokumen Sebut Harga melalui emel kepada En. Mohd Azmi Hamdan ([email protected]). Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my).
Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga |
Borang Pengesahan Kehadiran |
6. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab syarikat. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara ATAS TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
7. Firma/Syarikat hendaklah mengemukakan Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga dan slip pembayaran melalui emel kepada En. Mohd Azmi Hamdan ([email protected]) dan En. Mohd Herwan Husain ([email protected]). Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui emel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan.
8. Cadangan Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeterai dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga disebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
Penyebut harga hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kourier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kourier. Penyebut harga juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup sebut harga selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
9. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima Cadangan Tawaran terendah atau mana-mana Cadangan Tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada Cadangan Tawaran.
10. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
11. Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Sebut Harga adalah dianggap tidak berjaya.