Sukacita dimaklumkan bersempena PROGRAM MADANI RAKYAT ZON TIMUR, kuota tambahan bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang akan ditambah bermula 5 Julai 2024. Sehubungan itu, Pihak Pekedai wajib menyemak dahulu kelayakan dan rebat yang masih ada sebelum memberikan diskaun rebat RM200 kepada pengguna bagi setiap pembelian melalui pautan https://save.seda.gov.my/publics/check. Pihak pekedai dinasihatkan untuk memastikan alamat pembeli adalah di bawah negeri yang tersenarai di atas.