KUALA LUMPUR: Usaha memperkasakan generasi akan datang merupakan langkah penting untuk mengekalkan momentum ekonomi Malaysia, titah Putera Mahkota Pahang hari ini.
Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah negara perlu komited terhadap peluang pendidikan legasi dan memupuk bakat melalui program pembelajaran berterusan dan sesi perkongsian ilmu seperti Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) 2024.