Apakah Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR) : DOMESTIK?
Program NUR:DOMESTIK adalah program yang dilaksana oleh SEDA Malaysia dengan memberikan e-Rebat sebanyak RM200 (maksimum RM400 bagi setiap peralatan elektrik) kepada isi rumah domestik yang membeli penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga dengan label kecekapan tenaga 4 bintang atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Energy Commission of Sabah (ECos) pada tahun 2025.
OBJEKTIF PROGRAM
Meningkatkan tahap kesedaran orang ramai terhadap penggunaan peralatan yang cekap tenaga yang akan mengurangkan kos penggunaan tenaga elektrik;
Menggalakkan amalan cekap tenaga dalam kalangan domestik;
Meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf lima (5) dan empat (4) bintang di pasaran;dan
Menyelamatkan alam sekitar dengan pengurangan pelepasan gas rumah kaca hasil dari pengurangan penjanaan tenaga.
Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selama satu (1) tahun dari Januari 2025 hingga Disember 2025.
Pengguna/Pemilik akaun elektrik berdaftar (Domestik) di bawah syarikat utiliti elektrik (TNB, SESB, SEB, NUR Power);
Pembelian barangan elektrik (penyaman udara/peti sejuk) yang berlabel 4 atau 5 bintang pada tahun 2025 atau sehingga kuota habis;
1 akaun elektrik hanya layak memohon 1 e-Rebat bagi setiap peralatan elektrik dan berdasarkan first come, first served basis; dan
Belum pernah membuat tuntutan di bawah Program SAVE (Untuk diperluas kepada mereka yang berpeluang menikmati e-rebat pembelian barangan elektrik cekap tenaga).
Sebuah program e-Rebat yang dijenamakan semula daripada Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) yang memberi manfaat kepada pengguna domestik bagi pembelian peralatan elektrik cekap tenaga yang berlabel 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dan kini diperluaskan merangkumi pihak industri dan komersial, termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
2. Apakah objektif Program NUR@PETRA?
-Meningkatkan tahap kesedaran orang ramai termasuk industri dan komersial terhadap penggunaan peralatan yang cekap tenaga yang akan mengurangkan kos penggunaan tenaga elektrik;
-Menggalakkan amalan cekap tenaga dalam kalangan domestik, industri dan komersial;
-Meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf lima (5) dan empat (4) bintang di pasaran;
-Meningkatkan tahap kecekapan tenaga yang diukur berdasarkan Malaysian Standards (MS) 1525; dan
-Menyelamatkan alam sekitar dengan pengurangan pelepasan gas rumah kaca hasil dari pengurangan penjanaan tenaga.
PENGGUNA DOMESTIK
a) Berapa jumlah e-Rebat bagi pengguna domestik yang menyertai program NUR@PETRA?
Pengguna domestik layak mendapat e-Rebat sehingga RM400 (e- Rebat RM200 untuk setiap pembelian penyaman udara dan peti sejuk) dengan pembelian peralatan elektrik cekap tenaga yang berlabel 4 atau 5 bintang Suruhanjaya Tenaga (ST). Sila rujuk syarat kriteria di Soalan 1 b) bagi maklumat yang lebih lanjut.
b) Apakah kriteria yang melayakkan saya untuk menyertai program ini?
Untuk menyertai program ini sebagai pengguna domestik anda mestilah,
Warganegara Malaysia;
Pengguna/pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Nur Power Bhd;
Pembeli yang tidak pernah membuat mana-mana tuntutan Program SAVE sebelum ini; dan
1 akaun elektrik hanya memohon 1 e-Rebat bagi setiap peralatan elektrik.
c) Adakah jenis barangan elektrik yang boleh dibeli untuk melayakkan pengguna domestik untuk mendapat e-Rebat dibawah Program NUR@PETRA sama seperti Program SAVE 4.0?
Ya, anda layak untuk mendapat e-Rebat seperti Program SAVE 4.0 sekiranya anda membeli peralatan elektrik cekap tenaga berlabel 4 & 5 bintang (senarai jenama dan model peralatan tersebut boleh rujuk di laman sesawang SEDA Malaysia).
d) Adakah pengguna domestik yang telah membuat tuntutan bagi Program SAVE sebelum ini boleh memohon e-Rebat bagi Program NUR@PETRA?
e-Rebat Program NUR@PETRA hanya layak bagi pemohon yang belum lagi membuat mana-mana tuntutan Program SAVE sebelum ini.
e) Bagaimanakah cara untuk pengguna domestik memohon e-Rebat dibawah Program NUR@PETRA?
Terdapat 2 kaedah tersedia untuk pengguna iaitu:
Kaedah 1 : Pembelian dan Penebusan di Kedai / Pasaraya secara Fizikal.
Kaedah 2 : Pembelian dan Penebusan secara Atas Talian (e-Dagang).
Sila rujuk Cara Penebusan.
f) Apakah platform yang boleh digunakan oleh pengguna domestik untuk membuat pembelian dan tuntutan e-Rebat secara atas talian?
Tardapat lima (5) platform e-Dagang bagi pengguna domestik membuat tuntutan e-Rebat secara atas talian iaitu Shopee, Lazada, Tiktok Shop, PGMall dan Youbeli bagi pembelian peralatan elektrik yang tersenarai dibawah Program NUR@PETRA.
g) Bagaimana saya ingin mengetahui senarai kedai / pasar raya yang berdaftar di bawah program ini?
Anda boleh layari nur.seda.gov.my/publics/retailer untuk mengetahui senarai kedai / pasar raya berdaftar di bawah Program NUR@PETRA untuk pengguna domestik membuat tuntutan e-Rebat.
h) Berapakah maksimum pengguna berkelayakan untuk Program NUR@PETRA?
Kelayakan maksimum adalah berdasarkan 1 akaun bil elektrik hanya layak 1 e-Rebat untuk setiap peralatan sahaja.
i) Apakah program ini mempunyai kuota?
Program ini mempunyai kuota dan berkonsepkan first come, first served basis.
j) Apakah dokumen dan maklumat yang diperlukan untuk membuat tuntutan e-Rebat ini?
Anda hanya perlu mempunyai kad pengenalan (warganegara Malaysia) dan no.akaun bil elektrik (domestik) yang sah. Sila rujuk soalan 1 e) untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai cara permohonan e-Rebat NUR@PETRA.
k) Bolehkah penyewa rumah (pengguna domestik) memohon e-Rebat bagi program ini?
Boleh. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk memaklumkan perkara ini kepada pemilik rumah sewa dan mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan.
l) Bolehkah pemilikan e-Rebat dipindahkan atau ditukar?
Pemilikan e-Rebat TIDAK BOLEH dipindahkan atau ditukar.
m) Bagaimanakah untuk menyemak kelayakan bagi program ini?
n) Sekiranya saya berminat untuk membuat pembelian melalui kedai / pasar raya berdaftar secara fizikal, bolehkah saya membawa bil elektrik di dalam bentuk salinan digital (soft copy) sahaja?
Boleh, walau bagaimanapun anda disarankan untuk membawa kad pengenalan & bil elektrik dalam bentuk salinan bercetak (hard copy) bagi memudahkan proses pengesahan akaun elektrik anda.
o) Jika saya telah membuat e-Rebat secara atas talian akan tetapi sekarang saya ingin menebus e-Rebat di kedai / pasar raya secara fizikal adakah dibenarkan?
Sekiranya anda telah pun membuat permohonan dan telah menerima e-Rebat melalui paltform e-Dagang, anda hendaklah membuat penebusan menerusi platform e-Dagang tersebut sahaja.
Sekiranya anda belum menerima e-Rebat melalui platform e-Dagang, anda boleh terus berkunjung ke kedai / pasar raya yang berdaftar di bawah program ini untuk menebus e-Rebat dan membuat pembelian.
p) Saya berminat untuk menyertai program ini dan mendapatkan e-Rebat pengguna domestik tetapi saya tidak dapat membuat pembelian melalui e-Dagang kerana tiada pilihan penghantaran (delivery) untuk kawasan di Sabah dan Sarawak. Apakah jalan penyelesaiannya?
Program NUR@PETRA merangkumi seluruh Malaysia. Penghantaran untuk kawasan di Sabah dan Sarawak adalah bergantung kepada pekedai e-Dagang tersebut.
Walau bagaimanapun, terdapat lebih 1,868 kedai / pasar raya peralatan elektrik yang berdaftar di bawah Program NUR@PETRA.
q) Semasa saya menyemak kelayakan di laman sesawang yang disediakan, terpapar “Consumer with the account number xxxxxx does not exist” apakah yang perlu saya lakukan?
Jika terpaparnya “Consumer with the account number xxxxxx does not exist” semasa anda menyemak kelayakan, anda boleh terus emelkan salinan bil elektrik penuh ke [email protected] untuk pihak SEDA Malaysia membuat semakan.
r) Sekiranya saya membuat pembelian pada tahun 2024, adakah saya akan layak untuk membuat tuntutan e-Rebat NUR@PETRA?
Hanya pembelian yang dibuat pada tahun 2025 sahaja layak untuk menebus e-Rebat bagi program ini.
s) Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi pegawai bagi Program NUR@PETRA jika mengalami sebarang masalah ataupun pertanyaan?
Anda boleh menghubungi pegawai tersedia kami di SEDA Malaysia seperti berikut: