Adalah dimaklumkan bahawa Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia) kini sedang membuat pindaan terhadap Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 (Akta 725) yang bertujuan untuk memastikan akta ini dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan teratur di samping dapat menggalakkan lagi pembangunan tenaga boleh baharu di Malaysia.
Sehubugan itu, SEDA Malaysia ingin menjemput YBhg. Datuk/ Dato’/ Ir./ Dr./ Ts./ Tuan/ Puan untuk turut serta di dalam tinjauan soal selidik. Maklum balas boleh dibuat selewat-lewatnya pada 15 Jun 2022 melalui pautan berikut:
https://upc.mpc.gov.my/csp/sys/bi/%25cspapp.bi.work.nc.custom.regulation.cls?regId=492
Kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Ir./ Dr./ Ts./ Tuan/ Puan didahului dengan ucapan terima kasih.