-
Tawaran Tender ini adalah dipelawa kepada syarikat yang berpengalaman, berkelayakan, berdaftar di Malaysia serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Pendaftaran tersebut masih lagi berkuat kuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran Tender ini ditutup untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
No. Tender | Tajuk Tender | Kod Bidang |
Tarikh Iklan, |
SEDA(T)-04/2024 |
Consultancy to Undertake a Study on Bioenergy Clustering Potential in Peninsular Malaysia |
330102; Addendum No.1 |
Tarikh Iklan: Tempat Taklimat: Tarikh Taklimat: Masa: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi SEDA(T)-04/2024 : Consultancy to Undertake a Study on Bioenergy Clustering Potential in Peninsular Malaysia.
3. Sesi Taklimat Tender adalah DIWAJIBKAN kepada syarikat yang ingin menyertai Tender ini dan akan diadakan secara bersemuka bertempat di Auditorium, Ibu Pejabat SEDA Malaysia pada 11 Julai 2024 (Khamis; jam 2:30 petang). Syarikat boleh membuat permohonan melalui e-mel kepada [email protected], [email protected], dan [email protected] selewat-lewatnya pada 11 Julai 2024 (Khamis; jam 1:00 petang) dengan menyertakan bersama:
- Borang Pengesahan Kehadiran (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (seda.gov.my);
- Satu salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (berserta lampiran kod bidang berkaitan); dan
- Satu salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
4. Kegagalan atau lewat hadir untuk taklimat pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan tawaran Petender tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Syarikat yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak layak menyertai Tender ini. Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua (2) syarikat yang berbeza. Wakil syarikat hendaklah penama di dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan atau orang yang diberi kuasa (Surat Penurunan Kuasa perlu disertakan).
5. Dokumen Tender hanya boleh dibeli secara dalam talian. Syarikat hendaklah mengemukakan Borang Pembelian Dokumen Tender (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang www.seda.gov.my), Slip Pembayaran dan Dokumen Sokongan seperti di perkara 3 bagi memastikan kelayakan untuk pembelian Dokumen Tender melalui e-mel kepada [email protected], [email protected], dan [email protected].
6. Dokumen Tender mula dijual pada 5 Julai 2024 (Jumaat, masa 9:00 pagi hingga 4:00 petang) sehingga 1 Ogos 2024 (Khamis, masa 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari) dengan harga sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus sahaja). Dokumen Tender akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia.
Borang Pembelian Dokumen |
Borang Pengesahan Kehadiran | Addendum |
7. Semua kos berkaitan cadangan tawaran Tender ini adalah menjadi tanggungjawab Petender. Bayaran Dokumen Tender hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
8. Cadangan tawaran (dalam bentuk hardcopy dan softcopy) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Tender di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Tender
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia)
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
9. Syarikat hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kurier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kurier. Syarikat juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup Tender selewat-lewatnya pada pukul 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
10. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
11. Cadangan tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
12. Syarikat yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Tender adalah dianggap tidak berjaya.