1. Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada individu yang mempunyai kelayakan, pengalaman dan kepakaran seperti berikut:
- Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan atau Sains Fizik;
- Mempunyai kepakaran dan pengetahuan yang mendalam di dalam bidang Solar PV;
- Mempunyai pengalaman yang melebihi 10 tahun dalam bidang tersebut dan berkebolehan untuk memberi nasihat dan berpengalaman sebagai penasihat teknikal di dalam bidang tersebut; dan
- Mempunyai rekod prestasi yang baik, tidak melanggar mana-mana undang-undang dan tidak pernah disabitkan dalam apa-apa kes jenayah di mahkamah.
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi TAWARAN SEBUT HARGA: PERLANTIKAN TENAGA PAKAR TEKNIKAL BAGI MEMBANGUNKAN BAHAN PENGAJARAN DAN DOKUMEN PEPERIKSAAN (KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN TEORI DAN SKEMA JAWAPAN) BAGI KURSUS LATIHAN SEDA MALAYSIA GRID-CONNECTED PHOTOVOLTAIC (GCPV) SYSTEM DESIGN DAN SEDA MALAYSIA OFF-GRID PHOTOVOLTAIC (OGPV) SYSTEM DESIGN.
3. Cadangan Tawaran hendaklah disertakan dengan dokumen berikut:
- Ringkasan biodata berkenaan dengan kelayakan, pengalaman, kepakaran yang dimiliki, pencapaian dan sumbangan dalam bidang tersebut;
- Cadangan Tawaran sebut harga; dan
- Rangka kerja yang akan ditawarkan kepada SEDA Malaysia berdasarkan terma rujukan seperti di bawah.
4. Tarikh tutup bagi Cadangan Tawaran ini ialah pada 7 Disember 2021 (Selasa) jam 12.00 tengah hari.
5. Cadangan Tawaran (dalam bentuk softcopy) hendaklah dihantar melalui e-mel kepada [email protected].
6. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima Cadangan Tawaran terendah atau mana-mana Cadangan Tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada Cadangan Tawaran.
7. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
8. Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Sebut Harga adalah dianggap tidak berjaya.