- Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat / pembekal yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tawaran ini diiklankan untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. SEBUT HARGA | TAJUK | KOD BIDANG |
TARIKH IKLAN DAN TARIKH TUTUP |
SEDA(SH)-10/2022
|
SEBUT HARGA PEMBELIAN, PENGHANTARAN, INSTALLASI, PENGUJIAN, PENTAULIAHAN, PENYENGGARAAN 1 UNIT DELL ME5012 STORAGE DAN 2 UNIT DELL POWERVAULT TL1000 TAPE LIBRARY UNTUK PERISIAN COMMVAULT SEDA MALAYSIA |
210102 – Hardware and Software leasing/renting |
Tarikh Iklan: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi SEBUT HARGA PEMBELIAN, PENGHANTARAN, INSTALLASI, PENGUJIAN, PENTAULIAHAN, PENYENGGARAAN 1 UNIT DELL ME5012 STORAGE DAN 2 UNIT DELL POWERVAULT TL1000 TAPE LIBRARY UNTUK PERISIAN COMMVAULT SEDA MALAYSIA.
3. Pembelian Dokumen Sebut Harga boleh dibeli secara dalam talian (online). SEDA Malaysia akan menghantar salinan dokumen sebut harga melalui e-mel selepas pengesahan pembayaran.
Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga |
4. Dokumen Sebut Harga mula dijual pada 7 Oktober 2022 (Jumaat) sehingga 20 Oktober 2022 (Khamis) dengan harga sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja). Pembekal hendaklah mengemukakan dokumen sokongan iaitu salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi memastikan kelayakan untuk pembelian Dokumen Sebut Harga melalui emel kepada En. Mohd Azmi Hamdan ([email protected]). Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my).
5. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pembekal/syarikat. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
6. Penyebut harga hendaklah mengemukakan Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga dan slip pembayaran melalui emel kepada En. Mohd Azmi Hamdan ([email protected]) dan En. Mohd Herwan Husain ([email protected]). Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan
7. Cadangan Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
8. Jika serahan dokumen adalah melalui perkhidmatan kourier, Penyebut Harga hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kourier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kourier. Penyebut Harga juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada pukul 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
9. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
10. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
11. Penyebut Harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Sebut Harga adalah dianggap tidak berjaya.