PUTRAJAYA, 1 Julai (Bernama) — Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia optimis kelestarian alam dapat dicapai melalui langkah mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi.
Malah Ketua Pegawai Eksekutif SEDA Malaysia, Dato’ Hamzah Hussin berkata, setiap lapisan masyarakat boleh menyumbang kepada pencapaian pembangunan Tenaga Lestari (TL) serta dapat menjimatkan kos elektrik mereka dengan menyertai pelbagai program TL yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan.
SEDA Malaysia dipertanggungjawab untuk membangunkan industri TL negara melalui pelaksanaan mekanisme Tarif Galakan (Feed-in Tariff, FiT), Pemeteran Tenaga Bersih (Net Energy Metering, NEM) dan Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE). Pelaksanaan program-program ini selaras dengan komitmen Malaysia terhadap kelestarian alam sekitar dan komitmen mengurangkan sehingga 45% gas rumah kaca (GHG) menjelang 2030.
Source: Bernama