-
Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat kontraktor tempatan di Malaysia sahaja yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan (pendaftaran tersebut masih lagi berkuatkuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran Sebut Harga ini ditutup), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia dan Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
No. Sebut Harga | Tajuk Sebut Harga | Kod Bidang |
Tarikh Iklan, |
SEDA(SH)-21/2024 |
Perkhidmatan Penyelenggaraan dan Insurans bagi 332 Pepasangan Sistem Fotovolta Suria di Bawah Program Mysuria |
Kementerian Kewangan SEDA Malaysia: Suruhanjaya Tenaga: |
Tarikh Iklan: Tempat Taklimat: Auditorium, SEDA Malaysia Tarikh Taklimat: Masa: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Perkhidmatan Penyelenggaraan dan Insurans bagi 332 Pepasangan Sistem Fotovolta Suria di Bawah Program Mysuria.
3. Sesi Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN kepada syarikat-syarikat kontraktor tempatan yang ingin menyertai Sebut Harga ini dan akan diadakan secara fizikal di Auditorium, SEDA Malaysia pada 4 Disember 2024 (Rabu; pukul 10:00 pagi). Syarikat-syarikat kontraktor tempatan boleh membuat permohonan melalui e-mel kepada [email protected] selewat-lewatnya pada 4 Disember 2024 (Rabu; pukul 9:00 pagi) dengan menyertakan bersama:
- Borang Pengesahan Kehadiran (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (seda.gov.my);
- Satu salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (berserta lampiran kod bidang berkaitan);
- Satu salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia;
- Sijil Perakuan Registered PV Service Provider (RPVSP) 2024 dari SEDA Malaysia; dan
- Sijil Perakuan Pendaftaran Sebagai Kontraktor Elektrik dari Suruhanjaya Tenaga
Borang Pembelian Dokumen |
Borang Pengesahan Kehadiran |
4. Kegagalan atau lewat hadir untuk taklimat pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan penyertaan pemohon tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Syarikat-syarikat kontraktor tempatan yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak layak menyertai Sebut Harga ini. Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua syarikat yang berbeza. Wakil syarikat hendaklah penama di dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan atau orang yang diberi kuasa (Surat Penurunan Kuasa perlu disertakan).
5. Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibeli secara dalam talian. Dokumen Sebut Harga mula dijual pada 22 November 2024 (Jumaat; pukul 9:00 pagi hingga 4:00 petang) sehingga 12 Disember 2024 (Khamis; pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari) dengan harga sebanyak RM100.00 (Ringgit: Satu Ratus sahaja).
6. Syarikat-syarikat kontraktor tempatan hendaklah mengemukakan permohonan pembelian kepada [email protected] dengan menyertakan Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia www.seda.gov.my) dan dokumen sokongan seperti di perkara 3. Unit Perolehan akan memberikan butiran bayaran melalui e-mel kepada syarikat selepas permohonan disahkan.
7. Semua kos berkaitan cadangan tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pemohon. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja. Syarikat-syarikat kontraktor hendaklah mengemukakan resit pembayaran melalui e-mel kepada [email protected]. Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia.
8. Cadangan tawaran (dalam bentuk hardcopy dan softcopy) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia)
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
9. Syarikat-syarikat kontraktor tempatan hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kurier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kurier. Syarikat-syarikat kontraktor tempatan juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup Sebut Harga selewat-lewatnya pada pukul 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
10. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
11. Cadangan tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
12. Syarikat-syarikat kontraktor tempatan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Sebut Harga adalah dianggap tidak berjaya.