- Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada pembekal/syarikat yang berkelayakan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan pendaftarannya masih sah sehingga tiga (3) bulan dari tarikh tawaran ini ditutup untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. SEBUT HARGA | TAJUK | KOD BIDANG |
TARIKH IKLAN DAN TARIKH TUTUP |
SEDA(SHB)- 03/2022
|
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENCUCIAN DAN PEMBERSIHAN KARPET DI PEJABAT SEDA MALAYSIA |
221001 |
Tarikh Iklan: 25 Februari 2022 (Jumaat) Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan Sebut Harga Perkhidmatan Pencucian Dan Pembersihan Karpet di Pejabat SEDA Malaysia.
3. Dokumen Sebut Harga hanya akan dijual bermula pada 25 Februari 2022 (Jumaat) sehingga 2 Mac 2022 (Rabu) jam 5.00 petang dengan harga sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Ringgit Sahaja). Pembelian Dokumen Sebut Harga boleh dibuat dengan menghantar e-mel kepada En. Mohd Azmi Hamdan (Azmi@SEDA Malaysia.gov.my) dan En. Mohd Herwan Husain (Herwan@SEDA Malaysia.gov.my) dengan mengemukakan.
- Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga yang telah dilengkapkan dan boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.SEDA Malaysia.gov.my)
- Slip Pembayaran;
- Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (berserta kod bidang 221001); dan
- Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga |
4. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab syarikat. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara ATAS TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
5. Cadangan Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
6. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
7. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
8. Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Sebut Harga adalah dianggap tidak berjaya.
9. Sebarang pertanyaan adalah melalui email: [email protected]