- Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada syarikat/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. SEBUT HARGA | TAJUK | KOD BIDANG |
TARIKH IKLAN DAN TARIKH TUTUP |
SEDA(SHB)- 01/2022
|
SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN PEMANTAUAN MEDIA DAN LAPORAN ANALISIS MEDIA PIHAK BERKUASA PEMBANGUNAN TENAGA LESTARI (SEDA) MALAYSIA BAGI TAHUN 2022 |
Mana – mana atau mana-mana bidang yang berkaitan |
Tarikh Iklan: 25 Februari 2022 (Jumaat) Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi TAWARAN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN PEMANTAUAN MEDIA DAN LAPORAN ANALISIS MEDIA PIHAK BERKUASA PEMBANGUNAN TENAGA LESTARI (SEDA) MALAYSIA BAGI TAHUN 2022.
3. Dokumen Sebut Harga dijual bermula pada 25 Februari 2022 (Jumaat) sehingga 2 Mac 2022 (Rabu) dengan harga sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia: Seratus Sahaja). Pembelian Dokumen Sebut Harga boleh dibuat dengan menghantar emel kepada En. Mohd Azmi Hamdan ([email protected]) dan En. Mohd Herwan Husain ([email protected]). dengan mengemukakan.
- Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga yang telah dilengkapkan dan boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.SEDA Malaysia.gov.my)
- Slip Pembayaran;
- Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga |
4. SEDA Malaysia akan menghantar salinan Dokumen Sebut Harga dalam bentuk PDF dan MS Word melalui e-mel selepas terimaan bayaran disahkan oleh Unit Kewangan
5. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab syarikat. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara ATAS TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
6. Cadangan Tawaran (dalam bentuk hardcopy) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
7. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
8. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
9. Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Sebut Harga adalah dianggap tidak berjaya.