Image module

Pembukaan semula kuota e-Dagang (Shopee dan Lazada) akan dilaksanakan pada 10 Februari 2021 (Rabu) pada jam 12:00 tengahari.

 

Permohonan e-Rebat RM200 melalui Shopee dan Lazada menerusi pembukaan semula kuota e-Dagang ini akan dijalankan secara first come, first served basis.

 

Sekiranya kuota e-Dagang telah habis digunakan selepas pembukaan semula kuota ini, pengguna digalakkan untuk membuat permohonan melalui Pekedai/Peruncit Peralatan Elektrik yang berdaftar dengan SEDA Malaysia. Senarai Pekedai/Peruncit Peralatan Elektrik yang berdaftar boleh disemak melalui pautan di bawah.

 

Jimat Wang, Jimat Tenaga, Selamatkan Alam Sekitar.

 
Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) 2.0 merupakan sebuah program pemberian e-rebat sebanyak RM200 kepada mana-mana isi rumah yang membeli alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga yang berlabel cekap tenaga 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) pada tahun 2021.
 
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) merupakan Kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk memantau pelaksanaan SAVE 2.0 dan SEDA Malaysia telah dilantik sebagai Agensi Pelaksana.
 

APAKAH SAVE 2.0?
Sebuah program pemberian e-rebat RM200 kepada isi rumah yang membeli alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga yang telah menjalani pengesahan pengujian prestasi peralatan cekap tenaga yang mendapat 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

 

OBJEKTIF

 

  • Objektif utama program SAVE 2.0 adalah seperti berikut:

* meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf lima (5) dan empat (4) bintang dan peralatan cekap tenaga di pasaran; dan

* meningkatkan kesedaran orang ramai agar membeli kelengkapan cekap tenaga yang akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik pengguna terutamanya pengguna domestik.

 

  • Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selama satu (1) tahun bermula dari Januari sehingga Disember 2021.
 

 

  • Warganegara Malaysia.

  • Pengguna/pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SESB dan SEB.

  • Menggunakan e-Rebat untuk pembelian penyaman udara ATAU peti sejuk berlabel 4 ATAU 5 Bintang Cekap Tenaga pada tahun 2021.

  • 1 akaun bil elektrik, 1 diskaun e-Rebat & 150,000 tebusan pertama sahaja.

Untuk memeriksa kelayakan anda, klik di sini.

Kaedah Pembelian (Pekedai / Peruncit)
Permohonan Bermula 7 Januari 2021

Kaedah 1: Pembelian dan Penebusan di Kedai atau Pasar Raya Berdaftar

Kaedah Pembelian (atas talian/e-Dagang)
Permohonan Bermula 7 Januari 2021

Kaedah 2: Pembelian Secara Atas Talian / e-Dagang

 

Panduan Pendaftaran dan Penebusan

Mekanisme Baru di Shopee Malaysia

Langkah 1

Lihat koleksi di bawah atau cari produk dengan tag "SAVE 2.0"

Langkah 2

Berkomunikasi dengan penjual yang akan membantu memohon baucar SAVE untuk anda

Langkah 3

Setelah diluluskan, penjual akan berkongsi kod baucar dengan anda

Langkah 4

Semasa pembayaran, klik pada "Baucar beli-belah" dan masukkan kod baucar unik anda untuk penjimatan RM200!

Senarai e-dagang yang menyertai program. Anda boleh mendapatkan e-rebat untuk pembelian secara atas talian di platform e-dagang berikut:

 

SEDA MALAYSIA

TAKLIMAT PROGRAM SUSTAINABILITY ACHIEVED VIA ENERGY EFFICIENCY (SAVE) 2.0 KEPADA PEKEDAI / PERUNCIT (RETAILERS)

 

Tarikh : 4 Februari 2021 (Khamis)

Masa : 2.30 Petang – 5.00 Petang

Pendaftaran : Link

TERBUKA KEPADA SEMUA PEKEDAI / PERUNCIT PERALATAN ELEKTRIK YANG SAH

 
 

SEDA MALAYSIA

PENDAFTARAN SEBAGAI PEKEDAI/PERUNCIT PERALATAN ELEKTRIK (PENYAMAN UDARA DAN PETI SEJUK) 4 / 5 BINTANG YANG SAH OLEH SURUHANJAYA TENAGA

TERMA DAN SYARAT BAGI PEKEDAI/PERUNCIT BERDAFTAR DENGAN SEDA MALAYSIA DI BAWAH PROGRAM SAVE 2.0

Tarikh : 29 Disember 2020 (Selasa)

Masa : 12.00 Tengahari

Sistem Pendaftaran : Link

TERBUKA KEPADA SEMUA PEKEDAI / PERUNCIT PERALATAN ELEKTRIK YANG SAH

 
  Logo dan bahan promosi untuk program SAVE 2.0 hanya boleh digunakan oleh pekedai / peruncit peralatan elektrik (penyaman udara dan peti sejuk) 4 / 5 bintang yang berdaftar secara sah dengan SEDA Malaysia.  

 

LOGO

 

 

 

BROCHURE

POSTER

  Taklimat Khas Pekedai/Peruncit Peralatan Elektrik yang Sah untuk Pendaftaran Program SAVE 2.0 – Slaid pembentangan, sila muat turun disini.  

 

Taklimat Khas Pekedai Peruncit Peralatan Elektrik yang Sah untuk Pendaftaran Program SAVE 2.0

Bagi sebarang pertanyaan mengenai Program SAVE 2.0, boleh hubungi talian di bawah:

PegawaiEmelTelefon
SUMAIYA BINTI ASBI[email protected]03 - 8870 5835
AIMAN AKMAL SIDEK[email protected]03 - 8870 5909
NOR HAFIZAH BINTI MOHMUDIN[email protected]03 - 8870 5874
MUHAMAD FARHAN ASYRAF AHMAD HASRI[email protected]03 - 8870 5916
ISHAMUDDIN MAZLAN[email protected]03 - 8870 5859
 

Sebarang Pertanyaan:

Pasukan Khas Program SAVE 2.0
Bahagian Pembangunan dan Fasilitasi Teknikal
SEDA Malaysia
03-8870 5800
[email protected]
www.saveenergy.gov.my

Dengan Kerjasama: Program di bawah: Agensi Pelaksana: