Pelanjutan Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) & Pengecualian Cukai Pendapatan bagi Perkhidmatan Teknologi Hijau (GITE) sehingga 2023
Kerajaan telah mengumumkan lanjutan tempoh galakan cukai Green Investment Tax Allowance (GITA) bagi pembelian aset teknologi hijau dan Green Income Tax Exemption (GITE) bagi perkhidmatan teknologi hijau sehingga tahun 2023.
DESKRIPSI |
VERSI |
MUAT TURUN |
GREEN TECHNOLOGY TAX INCENTIVE GUIDELINES GREEN INVESTMENT TAX ALLOWANCE (GITA) AND GREEN INCOME TAX EXEMPTION (GITE) |
21.03.2022
|
GALAKAN CUKAI GREEN INCOME TAX EXEMPTION (GITE) SOLAR LEASING
Skop bagi GITE juga telah diperluaskan kepada syarikat yang memberi perkhidmatan pajakan solar di bawah Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) melalui syarikat yang berdaftar sebagai Registered Solar PV Investor (RPVI) di bawah SEDA Malaysia.
Selaras dengan pengumuman tersebut, SEDA Malaysia melalui Malaysian Investment Development Authority (MIDA) dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa permohonan bagi galakan cukai GITE Solar Leasing telah dibuka sehingga 31 Disember 2023.
DESKRIPSI |
VERSI |
MUAT TURUN |
GUIDELINES ON APPLICATION FOR INCENTIVE AND/OR EXPATRIATE POSTS FOR GREEN TECHNOLOGY (GT) |
23.08.2021 |
|
APPLICATION TO MIDA FOR GITE SOLAR LEASING
|
|
|
TECHNICAL VERIFICATION FROM SEDA MALAYSIA FOR GITE SOLAR LEASING
|
1/01.10.2022 |
*Nota: Mana-mana syarikat yang telah mengeluarkan inbois pertama sebelum membuat permohonan kepada MIDA adalah tidak layak untuk dipertimbangkan pemberian galakan cukai GITE Solar Leasing. Namun, mana-mana syarikat yang telah mengeluarkan inbois pertama bermula 1 Januari 2022, sebelum mengemukakan permohonan kepada MIDA, akan diberi pengecualian khas untuk dipertimbangkan pemberian galakan cukai GITE Solar Leasing. Pengecualian khas ini hanya terpakai kepada permohonan yang diterima oleh pihak MIDA sebelum 19 Disember 2022.
Skim Kewangan Teknologi Hijau 2.0 (GTFS 2.0)
GTFS merupakan satu skim kewangan untuk pelabur-pelabur yang mendapat sokongan kerajaan dan menawarkan kadar subsidi 2% p.a. faedah/untung untuk tujuh tahun pertama dan 60% jaminan kerajaan bagi kos komponen hijau kepada institusi kewangan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati : https://www.gtfs.my/