Kerajaan telah mengumumkan lanjutan tempoh Galakan Cukai Green Investment Tax Allowance (GITA) dan Green Income Tax Exemption (GITE) sehingga tahun 2023. Skop bagi GITE juga telah diperluaskan kepada syarikat yang memberi perkhidmatan pajakan solar di bawah Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) melalui syarikat yang berdaftar sebagai Registered Solar PV Investor (RPVI) di bawah SEDA Malaysia.
Selaras dengan pengumuman tersebut, SEDA Malaysia melalui Malaysian Investment Development Authority (MIDA) dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa permohonan bagi Galakan Cukai GITE Solar Leasing telah dibuka sehingga 31 Disember 2023.
Syarikat yang layak* adalah dinasihatkan agar merujuk kepada Garis Panduan Green Technology Tax Incentive dan borang-borang berkaitan bagi proses permohonan di laman sesawang SEDA Malaysia di https://www.seda.gov.my/policies/other-related-fiscal-incentives/
*Nota: Mana-mana syarikat yang telah mengeluarkan inbois pertama sebelum membuat permohonan kepada MIDA adalah tidak layak untuk dipertimbangkan pemberian galakan cukai GITE Solar Leasing. Namun, mana-mana syarikat yang telah mengeluarkan inbois pertama bermula 1 Januari 2022, sebelum mengemukakan permohonan kepada MIDA, akan diberi pengecualian khas untuk dipertimbangkan pemberian galakan cukai GITE Solar Leasing. Pengecualian khas ini hanya terpakai kepada permohonan yang diterima oleh pihak MIDA sebelum 19 Disember 2022.
Sekiranya Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai kami melalui emel di [email protected]