SEDA Malaysia ingin mengumumkan tawaran kuota tambahan sebanyak 150 MW untuk NEM Rakyat dan 300 MW untuk NOVA. Tempoh tawaran kuota NEM 3.0 akan diteruskan sehingga 30 Jun 2025 atau sehingga semua kuota habis diagihkan, yang mana terdahulu.
Sukacita dimaklumkan bahawa kuota tambahan akan berkuat kuasa di dalam sistem e-NEM bermula pada 1 Januari 2025, jam 3:00 Petang.
SEDA Malaysia menggesa semua Pembekal Perkhidmatan untuk memastikan bahawa permohonan NEM 3.0 yang dikemukakan perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan permohonan ditolak. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila e-mel kami di [email protected]
Dimaklumkan juga, pemberian rebat pemasangan sistem solar sehingga RM4,000.00 kepada pengguna NEM Rakyat di bawah Skim Insentif Untuk Rakyat (SolaRIS) akan dilanjutkan sehingga 30 April 2025, tertakluk kepada terma dan syarat kelayakan SolaRIS yang telah ditetapkan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk pautan di bawah:
https://www.tnb.com.my/solar-for-rakyat-incentive-scheme-solaris/