Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh akhir penebusan dan tuntutan daripada Kedai Berdaftar untuk Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia: Pembelian Peralatan Elektrik Domestik akan ditutup pada 30/06/2022. Sila pastikan tuan/puan membuat tuntutan – tuntutan sebelum tarikh tersebut.
Untuk Program SAVE 3.0, rebat peralatan Kategori 1 iaitu Peti Sejuk telah ditambah semula pada 27 Mei 2022 dan kuota bagi kategori 2, Mesin basuh dan TV akan ditambah pada 4 Jun 2022.
Dinasihatkan pihak tuan/puan untuk mematuhi Tatacara Permohonan dan Penebusan Rebat SAVE 3.0 dan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak SEDA Malaysia. Pihak SEDA Malaysia berhak untuk tidak membuat bayaran terhadap sebarang tuntutan yang tidak mematuhi tatacara tersebut.