Sebelum mengisi permohonan tarif galakan (FiT), pihak yang berminat diminta untuk menghubungi Pemegang Lesen Pengagihan (DL)
untuk kajian di bawah:
- Kajian Sistem Kuasa (PSS) untuk pemasangan TBB lebih daripada 425 kW dan ke atas; atau
- Semakan Pengesahan Sambungan (CCC) untuk pemasangan TBB lebih daripada 12 kW hingga 425 kW.
Untuk penyambungan grid, PSS atau CCC adalah perlu untuk menilai potensi kesan hasil penjanaan yang telah diagihkan terhadap perancangan dan operasi sistem pengagihan DL. Kajian akan dilakukan oleh DL atau perunding yang dilantik.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai PSS, sila hubungi :
- Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Ir. Kartina binti Hasim
019 – 651 5962
emel: [email protected]
Lead (Green Energy Management),
Retail Division,
Tenaga Nasional Berhad (TNB),
Level 4, Tower D, TNB Platinum,
No 3, Jalan Bukit Pantai, Bangsar,
59100 Kuala Lumpur.
- Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB)
Mr. Terrence John Kouju
088 – 282 478
emel: [email protected]
Chief Engineer
Sustainable Energy Development,
Asset Development,
6th Floor, Wisma SESB,
Jalan Tunku Abdul Rahman,
88673 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Semakan Pengesahan Sambungan :
Kapasiti Eksport Bersih atau Nilai kWp Pemasangan TBB | Kos (RM) | Tempoh Siap |
Lebih daripada 12kW sehingga 180kW | 1,000 | 30 Hari |
Lebih daripada 180kW sehingga 425kW | 5,000 | 30 Hari |
Kos Kajian Sistem Kuasa (PSS) dan Tempoh Siap :
Bil. | Kapasiti Eksport Bersih atau Nilai kWp Pemasangan TBB | Kos (RM) | Tempoh Siap |
01. | Melebihi 425kW & sehingga termasuk 1MW atau melebihi 425kWp dan sehingga dan termasuk 1000kWp | 20,000 setiap pemasangan | 30 Hari |
02. | Melebihi 1MW & sehingga dan termasuk 10MW atau 1,000kWp dan sehingga dan termasuk 10, 000kWp | 40,000 setiap pemasangan | 40 Hari |
03. | Melebihi 10MW & sehingga dan termasuk 30MW atau 10, 000kWp dan sehingga dan termasuk 30,000kWp | 60,000 setiap pemasangan | 50 Hari |
04. | Melebihi 425kW dan sehingga dan termasuk 1MW atau melebihi 425kWp dan sehingga dan termasuk 1,000kWp untuk pembangunan perumahan atau permohonan individu pada PV solar untuk disambungkan ke pencawang pengagihan yang sama. | 500.00 setiap pemasangan | 60 Hari |