SEDA Malaysia ingin mengumumkan bahawa kuota tambahan sebanyak 50 MW bagi program NEM Rakyat akan bermula pada 20 September 2024, Jumaat jam 4:00 petang. Tempoh tawaran kuota tersebut akan diteruskan sehingga 31 Disember 2024 atau sehingga semua kuota habis diagihkan, yang mana terdahulu.
Kami ingin menggesa semua Pembekal Perkhidmatan untuk memastikan bahawa permohonan NEM 3.0 yang dikemukakan perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan permohonan ditolak. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila e-mel kami di [email protected]