Merujuk kepada kenyataan media oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) pada 27 Mac 2024, Kerajaan telah memperkenalkan satu program insentif khusus untuk menggalakkan pemasangan sistem solar PV oleh pengguna domestik iaitu Solar for Rakyat Incentive Scheme (SolaRIS). Mekanisme pelaksanaan program SolaRIS adalah seperti berikut:
- Rebat tunai sekali sahaja: RM1,000/kWac sehingga maksimum RM4,000 untuk pelanggan NEM Rakyat yang memohon dan mendapat kelulusan bermula 1 April 2024.
*Tertakluk kepada terma dan syarat program SolaRIS. - Pemberian rebat adalah berdasarkan prinsip “first come first served” dari 1 April hingga 31 dan berjaya mula tugas sistem pepasangan solar PV sebelum 31 Mac 2025, atau sehingga kesemua kuota rebat SolaRIS habis diagihkan, yang mana terdahulu.
- Pembayaran rebat akan dipindahkan ke akaun bank tempatan dibawah nama pelanggan TNB yang berdaftar selepas menerima emel daripada TNB untuk permohonan SolaRIS.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang TNB di pautan https://www.tnb.com.my/solar-for-rakyat-incentive-scheme-solaris