GARIS PANDUAN BAGI KELAYAKAN BONUS S02 – “PENGGUNAAN SEBAGAI BAHAN BANGUNAN” UNTUK PERMOHONAN PV SOLAR DI BAWAH MEKANISMA TARIF GALAKAN (FIT)

SEDA Malaysia dengan rasa sukacita mengumumkan bahawa garis panduan bertajuk : “Garis Panduan Bagi Kelayakan Bonus S02 – Penggunaan Sebagai Bahan Bangunan untuk Permohonan PV Solar di bawah Mekanisma Tarif Galakan (FiT)” telah dikemaskini dan boleh didapati di portal web SEDA Malaysia. Anda boleh mengakses dan memuat turun garis panduan ini dengan mengikuti pautan :-

Icon
2.43 MB
6288 Downloads

 

Garis panduan ini berfungsi sebagai rujukan bagi PTG dengan Bonus S02 – Bahan Bangunan semasa memohon, di mana ia dengan tepat menentukan kriteria fungsi bangunan (aktiviti di bawah Struktur PV) bagi melayakkan mereka mendapatkan bonus S02. Selain daripada itu, garis panduan ini juga menerangkan tanggungjawab FiAH (untuk mematuhi bonus S02) sepanjang 21 tahun tempoh REPPA.

Garis Panduan versi ini akan berkuatkuasa mulai 1 April 2020.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Frederick Wong di talian 088 – 252 101 atau e-mel ke [email protected].