Visi

Untuk menjadi agensi peneraju dalam mempromosikan penggunaan tenaga lestari (TL) sebagai salah satu daripada langkah penyelesaian untuk mencapai jaminan dan autonomi tenaga

Misi

  • Memastikan tenaga lestari memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara dan pemuliharaan alam sekitar;
  • Memastikan program-program tenaga lestari yang sedia ada diurus dengan berhemah dan cekap;
  • Menilai secara berterusan potensi baru penyelesaian TL dengan kerjasama pihak berkepentingan tempatan dan antarabangsa, untuk mempelbagai dan melengkapkan portfolio program TL sedia ada;
  • Mendorong orang ramai untuk menerima tanggungjawab dalam anjakan paradigma, ke arah kehidupan lestari.

Nilai-nilai Teras

Dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab kepada rakyat Malaysia,
SEDA Malaysia berfungsi berdasarkan nilai-nilai teras berikut :

  • Akauntabiliti : Kami bertanggungjawab melaksanakan undang-undang berkaitan tenaga lestari.
  • Tadbir Urus : Kami menjalankan kerja kami dengan telus, terbuka dan penuh integriti.
  • Cekap & Kompeten : Kami menjalankan kerja kami berdasarkan piagam pelanggan yang dinyatakan bagi mencapai matlamat kami secara efektif.
  • Pembangunan Sumber Manusia : Kami berusaha untuk membangunkan potensi dalam industri tenaga lestari sekaligus mempercepatkan pertumbuhannya.