Program Latihan Kecekapan Tenaga dan Pengurusan Tenaga

Dalam meneruskan pelaksanaan Program Kerajaan Kepimpinan Melalui Teladan (GLBE) pada tahun 2011 dan Program Mencapai Kelestarian Melalui Kecekapan Tenaga (SAVE) di bawah Projek Permulaan 9 (EPP 9) – Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi minyak, gas dan tenaga, SEDA Malaysia telah mengenal pasti empat (4) program latihan untuk menyokong pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini. Program latihan ini telah dikenalpasti oleh Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI), satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan , PEMANDU bagi menyokong pelaksanaan program dan memperbaiki kapasiti serta pengetahuan serta pada masa yang sama memberikan perhatian terhadap keperluan modal insan di dalam bidang-bidang yang lebih spesifik d bawah EPP9.

Sejak 2013, Unit Pembangunan Teknikal dan Fasilitasi (TDF) telah menganjurkan dan berpengalaman dalam mengadakan beberapa program latihan kecekapan tenaga dan kesedaran pengurusan tenaga bersama-sama Pihak Berkuasa Tempatan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Bagi program latihan, Unit TDF telah membangunkan empat modul latihan kecekapan tenaga dan pengurusan tenaga. Sejak tahun 2013, TDF telah menganjurkan latihan kesedaran berdasarkan modul latihan ini. Modul latihan adalah seperti yang tertera di bawah: Pengurusan Tenaga dalam Bangunan;

1.Pengurusan Tenaga dalam Bangunan;

Icon
149.67 KB
6725 Downloads

 

2.Prinsip-prinsip dan Aplikasi-aplikasi untuk Piawaian Malaysia MS1525: Kod Amalan Terhadap Kecekapan Tenaga dan Kegunaan Tenaga Boleh Baharu bagi Bangunan Bukan-Perumahan (Kelayakan bagi CPD MBOT – 12 markah);

Icon
138.52 KB
5020 Downloads

 

3. Pengurusan Kecekapan Tenaga bagi Penghawa Dingin dan Sistem Mekanikal Pengalihan Udara (ACMV) (Kelayakan bagi CPD MBOT – 12 markah);

Icon
129.69 KB
4827 Downloads

Bagi kursus Energy Efficiency Management for Air-Conditioning and Mechanical Ventilation (ACMV) System Advance sila hubungi sekretariat ASHRAE Malaysia Chapter (MASHRAE):

 

4.Audit Tenaga dalam Bangunan;

Icon
145.95 KB
4686 Downloads

Sekiranya anda mempunyai pertanyan lain berkenaan latihan, sila hantarkan emel [email protected] atau hubungi :

  1. Encik Muhammad Ridhwan Ahmad ( [email protected] ) / (603) 8870 5849
  2. Encik Muhammad Syukri Ab Rahman [email protected]) / (603) 8870 5926

Tarikh jangkaan latihan bagi tahun 2025 adalah seperti berikut:

No.ProgramTarikhTempatYuran (RM)Borang PendaftaranStatus
1.Pengurusan Kecekapan Tenaga bagi Penghawa Dingin dan Sistem Maju Mekanikal Pengalihan Udara (ACMV) TBCAhli MASHRAE - RM 954
Bukan Ahli - RM 1060

(Termasuk 6% SST)
2.Audit Tenaga dalam Bangunan TBC2,650
3.*Piawaian Malaysia: (MS) 1525: 2019 – Kecekapan Tenaga dan Kegunaan Tenaga Boleh Baharu bagi Bangunan Bukan-PerumahanTBC1,590
4.*Pengurusan Tenaga dalam Bangunan TBC1,590
5.Pengurusan Tenaga dan Audit Tenaga di BangunanTBCJemputan akan diberikan setelah permohonan diluluskan.Percuma untuk Geran Audit Tenaga Bersyarat RMKe-12 (Pemohon Komersial).Buka
6.Pengurusan Tenaga dan Audit Tenaga di Pepasangan IndustriTBCJemputan akan diberikan setelah permohonan diluluskan.Percuma untuk Geran Audit Tenaga Bersyarat RMKe-12 (Pemohon Industri).Buka

*For registration, please contact En. Muhammad Mustafa Kamal bin Abd Rahim, Training Administrators, Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC) via email [email protected] or call at fixed line +603-5513 3560