SEDA Malaysia menyediakan kursus latihan tentang Pengenalan Sistem Fotovolta (PV) Luar-Grid secara atas talian. Kursus latihan ini ditawarkan kepada peserta yang tidak mempunyai latar belakang teknikal yang ingin belajar dan memahami bagaimana sistem PV Luar-Grid berfungsi dan aplikasinya. Pada akhir kursus ini, diharapkan peserta dapat meningkatkan pengetahuan mengenai sistem solar PV, bagaimana ia berfungsi dan aplikasinya.