Kursus 10 hari ini merangkumi sesi teori dan praktikal, dan diakhiri dengan ujian kemampuan.
Kursus ini merangkumi :
- Rekabentuk sistem Fotolvota Suria (PV) luar-grid yang termasuk modul Fotolvota Suria (PV), alat penyongsang (inverter) dan alat-alat berkaitan yang bersesuaian dengan keadaan cuaca di Malaysia.
- Maklumat berkenaan sistem Fotolvota Suria (PV) luar-grid.
- Maklumat berkenaan keperluan dan piawaian bagi sistem PV luar-grid.
(Nota: penyambungan elektrik di antara alat penyongsang ke pembekal (bahagian AC) hanya boleh di ambil alih oleh juru elektrik berlesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga).
Latihan akan diadakan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor dan Pusat Latihan Proaktif, Kuching, Sarawak. Yuran adalah termasuk bahan-bahan kursus, penyediaan fasiliti bagi sesi praktikal dan makan tengahari. Walaubagaimanapun, yuran adalah tidak termasuk pembayaran insurans, tempat tinggal dan pengangkutan ke pusat latihan semasa latihan. Maklumat lanjut boleh didapati di dalam Borang Permohonan. Jadual latihan, isi kandungan kursus dan borang permohonan boleh dimuat turun dari pautan yang di berikan. :