KURSUS LATIHAN BAHARU : Kursus Operasi & Penyelenggaraan JanaKuasa Biogas

SEDA Malaysia menyediakan latihan  “Kursus Operasi & Penyelenggaraan Janakuasa Biogas” terutamanya pada peringkat Operator dan Penyelia. Kursus 5 hari ini merangkumi sesi teori dan praktikal, satu ujian bertulis dan tugasan di tempat kerja (WPA) (tempoh tertentu akan ditetapkan bagi menyiapkan tugasan).

Kursus ini merangkumi :

  • Prinsip asas dan teknologi bagi logi biogas.
  • Operasi dan pemantauan berdasarkan senario dan pengalaman di Malaysia.
  • Penyelenggaraan , pemeriksaan dan prosedur pengesanan masalah.
  • Teori makmal & latihan
  • Aspek keselamatan dalam operasi janakuasa biogas.

Tempat Latihan : 

PBL 2, Level 2, Blok BM
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Kampus Putrajaya
Jalan IKRAM-UNITEN
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan.

Lokasi : https://goo.gl/maps/KqtNwy6AqBN2

Yuran Kursus :

RM 2,800.00 Setiap Perserta (Yuran adalah tidak termasuk SST)

Yuran adalah termasuk bahan-bahan kursus, yuran peperiksaan, insurans semasa latihan, penyediaan fasiliti sepanjang kursus berlangsung termasuklah makan tengahari dan hidangan ringan. Walaubagaimanapun, yuran adalah tidak termasuk penyediaan tempat tinggal dan pengangkutan ke/dari pusat latihan semasa latihan. Maklumat lanjut boleh didapati di dalam Borang Permohonan.

Jadual latihan, isi kandungan kursus dan borang permohonan boleh dimuat turun dari pautan yang di berikan ;

DokumenMuat Turun
Application for enrollment the O&M Bio Gas Plant Course
Maklumat Kursus - Pengoperasian & Penyenggaraan Logi Kuasa Biogas
Icon
428.97 KB
3445 Downloads
Isi Kandungan Manual Latihan
Icon
222.01 KB
3047 Downloads
Jadual Kursus Pengoperasian & Penyenggaraan Logi Kuasa Biogas
Icon
252.85 KB
2982 Downloads
Borang Permohonan (Peserta Baru)

Tarikh jangkaan latihan bagi tahun 2024 untuk Kursus Pengoperasian & Penyenggaraan Logi Kuasa adalah seperti berikut :

No. Kod Kursus Tarikh Status
1. BG23-01 21 – 25 Ogos 2023
Tutup

Pertanyaan Berkaitan Pendaftaran dan Pentadbiran :

Sila hantarkan emel ke [email protected] atau hubungi Pentadbir Latihan : Cik Fazlin Zamani ([email protected]).

  • Pendaftaran hanya akan disahkan selepas penerimaan yuran-yuran yang berkaitan.
  • Kesemua bayaran mestilah diterima dan dilangsaikan sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh pendaftaran latihan bermula.
  • SEBARANG YURAN YANG DITERIMA TIDAK BOLEH DIPULANGKAN SEMULA. TETAPI, KEKOSONGAN TEMPAT BOLEH DI AMBIL ALIH.
  • Peserta ganti adalah dibenarkan tanpa sebarang cas tambahan dikenakan dengan syarat, pihak institut dimaklumkan secara bertulis nama penuh dan jawatan bagi peserta baru berkenaan dua (2) minggu sebelum tarikh latihan.