Pihak SEDA Malaysia dengan ini mengumumkan bahawa permohonan untuk NEM 3.0 (NEM Rakyat / NEM GoMEn) boleh dibuat secara atas talian melalui sistem e-NEM bermula 1 Februari 2021 pada jam 12:00 tengah hari.
Sebagai persediaan untuk pembukaan kuota, semua akses ke sistem e-NEM akan ditutup buat sementara waktu bagi penyelenggaraan sistem eNEM dari jam 6:00 petang pada 29 Januari 2021 sehingga jam 12:00 tengah hari pada 1 Februari 2021. Semua permohonan NEM 2.0 sedia ada yang tidak mendapat kuota pada 31 Disember 2020 akan dikeluarkan dari sistem e-NEM semasa tempoh penyelenggaraan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan, pasukan sokongan kami sentiasa bersedia untuk menjawab pertanyaan anda di [email protected]