Putrajaya, 29 Disember 2020
SEDA Malaysia dengan ini mengumumkan bahawa penawaran semula baki kuota NEM2.0 yang telah ditolak atau dibatalkan akan dibuat pada 31 Disember 2020, jam 3:00 Petang. Sila ambil maklum bahawa jumlah baki kuota NEM 2.0 yang akan ditawarkan pada penawaran akhir ini adalah kurang dari 1MWac.
Sebagai persediaan untuk penawaran semula kuota NEM tersebut, kesemua akses kepada sistem e-NEM akan ditangguhkan buat sementara waktu bagi penyelenggaraan sistem dari jam 11:00 pagi pada 31 Disember 2020 sehingga 3:00 Petang pada 31 Disember 2020. Pihak RPVSP adalah dinasihatkan untuk mengemas kini dan melengkapkan semua maklumat dan dokumen yang diperlukan bagi permohonan kelulusan NEM sebelum sistem ini diselenggara bermula 11:00 pagi pada 31 Disember 2020.
Penyedia perkhidmatan juga adalah dinasihatkan untuk mematuhi peruntukan yang digariskan di bawah NEM Guidelines semasa permohonan bagi kelulusan NEM dibuat.
Sila ambil maklum bahawa permohonan NEM tanpa kelulusan dan laporan NEMAS akan ditolak dan yuran permohonan tidak akan dikembalikan. Sebarang rayuan bagi mengemaskini maklumat bagi permohonan NEM selepas penolakan dibuat tidak akan dilayan.
Sebarang pertanyaan berhubung penawaran semula kuota NEM, bolehlah diajukan ke alamat emel [email protected].
Sila gunakan pautan di bawah untuk akses ke sistem e-NEM dan kosongkan data cache & cookies di carian sebelum jam 3:00 Petang pada 31 Disember 2020.
https://services.seda.gov.my/nem
TAMAT.